`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 18, 2015

Yusni digugur Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang

Pertukaran Ketua Pemuda merupakan amalan biasa tambahan pula Yusni telah melepasi had umur yang ditetapkan.
pas-pulau-pinang
PETALING JAYA: Mohd Yusni Mat Piah, yang pernah mencetuskan kontroversi kerana memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh telah digugurkan sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang,
Beliau digantikan oleh Setiausaha Dewan Pemuda Pas negeri, Afnan Hamimi Taib.
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat mengesahkan pengguguran Mohd Yusni itu.
Beliau berkata, pertukaran itu merupakan amalan biasa dan dibuat oleh Pemuda Pas Kawasan di negeri itu.
Tambahan pula, katanya, Mohd Yusni telah melepasi had umur yang ditetapkan bagi jawatan Ketua Pemuda.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Asrol Sani Abdul Razak menyambut baik pelantikan Afnan itu.
Katanya. pelantikan kepimpinan baru Pemuda Pas dapat mengukuhkan lagi kerjasama Pemuda Pakatan Rakyat (PR) untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Kami menyokong segala usaha Pemuda Pas Pulau Pinang bagi merealisasikan agenda yang menguntungkan Pakatan Rakyat dan tidak akan menyokong sebarang agenda bersifat peribadi yang tidak selari dengan polisi Pakatan Rakyat,” katanya dalam kenyataan media.
Dalam PRK Permatang Pauh pada awal bulan ini, Mohd Yusni enggan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan enggan untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selagi PKR dan DAP tidak meminta maaf kerana mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud.
Dia akhirnya menarik balik keputusan memboikot itu kerana menghormati keputusan pemimpin tertinggi Pas tetapi tetap dengan pendirian mahukan PKR dan DAP meminta maaf kepada Hadi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mohd Yusni juga membangkitkan kemarahan PKR apabila enggan menarik balik daripada bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh biarpun pimpinan Pas mengarahkan dia berundur.
Keputusan membelakangkan arahan parti itu menyebabkan pertandingan tiga penjuru antara Pas, PKR dan UMNO.
Pendirian tegas Mohd Yusni itu dilihat punca hubungan dingin dalam Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.