`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, June 23, 2015

FGV menyusuli 1MDB: Lagi Bencana Ekonomi - Bahagian 2.

Image result for FGV


Nasib Peneroka.
Kesian peneroka felda. Harapkan durian runtuh, rupanya bencana ekonomi yang turun. Harga sawit jatuh. Barang naik harga. Kos hidup meningkat. Jenerasi kedua tidak berumah. Tanah 360,000 hektar yang sepatutnya dibuka untuk peneroka, dirembat oleh FELDA dan di jalankan oleh Felda Plantations. 360,000 hektar boleh mengujudkan 90,000 peneroka.

Wang Berkurangan.
Wang dan dana dari felda kian berkurang. Dengan dana yang terhad, banyak kemudahan awam seperti jalan2 dalam rancangan, dewan orang ramai, kemudahan asas terjejas. Peneroka mendapati sukar untuk meminjam dari koperasi sebab koperasi sudah tidak banyak wang. Dividend 14-15% setahun yang mereka nikmati selama 30 tahun, tidak ada lagi. 
peneroka bingung, pemimpin hairan.
Ramai peneroka bertanya ahli parlimen mereka, dan ahli parlimen yang tidak tahu hal ehwal peneroka dan kehidupan mereka tidak dapat memberi jawapan. Malah ada antara ahi parlimen tidak pun tahu peneroka dapat dividend, atau dapat bonus dihujung tahun untuk hari raya, untuk persekolahan anak dan sebagainya. Semua ini akan berkurangan dan mungkn tiada.


membela Melayu.
Apalah yang susah sangat kalau benar2 mahu bantu orang Melayu? Peneroka hampir semua nya Melayu. Ertinya, kesan negative keatas felda dan pelaburan nya, bererti yang menerima padah nya ialah Melayu juga.


dari impian indah ke mimpi seram. 
Suatu ketika, Felda adalah suatu cerita kejayaan. Tun Razak memindahkan Melayu yang tidak bertanah, membuka kawasan baru untuk mengusahakan tanaman getah dan kemudian nya sawit. Pergilah ke mana2 tanah rancangan sekarang, transformasi fisikal keatas orang Melayu benar2 berlaku. Dari rumah asal felda, ramai yang tinggal dalam bungalow batu. Kemudahan seperti klinik, sekolah, masjid, surau, kompleks sukan, bandar kecil malahan sekolah asrama penuh pun ada. 


Puaka FGV.
Semua itu tinggal kenangan. Segala bisness , ladang dan bukan ladang, pengangkutan, pengilangan, pemerosesan, di borong oleh FGV.

Tanah milik felda dipajak kepada FGV selama 99 tahun. Dapatlah Felda RM250 juta setahun dan seperatusan dari bisnes perladangan FGV. Dengan duit itulah dan dividen dari saham yang ada dalam FGV, Felda hari ini mengurus tanah rancangan dan menjaga kebajikan peneroka. 112,635 peneroka atau 1 juta lebih keluarga peneroka dan kakitangan felda. Yang diterjemahkan kepada 54 kerusi parlimen untuk UMNO. Semua nya hiudp dalam 1 Malaysia Dalam Bahaya( 1MDB).


tindaslah lagi kerana kami Melayu.
Kalau demikian- tidak mengapa UMNO, terus rompak dan lanun lah felda ini. Peneroka tetap akan menyokong UMNO. Peneroka akan memaafkan apa sahaja yang UMNO lakukan, kerana UMNO itu Melayu.


3 tahun dalam kerugian.
Market capitalisation syarikat kebanggaan mereka- FGV hilang RM10 billion diatas kertas. Jumlah saham yang diperbesarkan ketika apungan 2012 dahulu ialah 3.6482 billion. Pada harga RM4.55, market capitalisation nya ketika itu ialah RM16.6 billion.

Ini syarikat yang akan mengharumkan nama Felda di pesada dunia. Syarikat ladang integrated yang terbesar didunia. Macam2 ada dalam nya. Sebuah syurga loka yang menjanjikan durian runtuh bersiri. Siapa beri durian runtuh? UMNO. Kerana UMNO pemberi rezeki, penjaga kebajikan dari buaian hingga ke tiang lahad, tidak mengapa jika UMNO memperkosai rakyat. Mereka kan Melayu?

Peneroka berada dalam keadaan yang lebih teruk dari sebelum FGV ambil alih. Jika peneroka berada dalam keadaan worse off than they previously were, maka keputusan mengapungkan FGV bukan suatu keputusan ekonomi yang baik. Tapi, kalau kita fikir balik, apa yang Najib tahu tentang economics?

Sekarang apa jadi? Harga seunit saham nya ialah RM1.65? menurun ke RM1.60. jika RM1.60, market capitalisation nya ialah RM 5.84 billion. Wow!

Nilai syarikat FGV hanya 35% dari nilai asal. Apa yang sudah dilakukan oleh lembaga pengarah FGV? Di Felda apa Isa Samad buat? Apa yang Najib al Bugis buat sebagai menteri yang jaga Felda?

Mereka tak buat apa2 kecuali ambil dan belanja wang felda. Peneroka ternganga mulut hanya mampu menyertai sanjungan dan sorakan ketas ‘kebijaksanaan’ Najib dan isa anak Pak Samad.
tanah mu diambil orang.

Bayangkan scenario ini: pak peter sondakh bisa jadi pemilik majority FGV. Dengan berbiliun kita yang beri dia, dia boleh beli semua saham outstanding FGV iaitu sebanyak 2.1889 billion units. Pada harga RM1.50 sebagai contoh, harga 60% outstanding shares ini ialah hanya RM3.28 billion.peter Sondakh bisa membeli kesemua outsanding shares dan jadi pemilik 60% saham FGV. Dia akan jadi majority owner.

Siapakah yang menyebabkan ini berlaku jika ia benar2 berlaku? Najib Razak. Isa Samad. Dan mungkin Khazanah Nasional- satu lagi actor dalam rantaian penyamun tarbus.

Saya tidak fikir keputusan yang besar seperti membeli asset dari kumpulan Rajawali milik Peter Sondakh dibuat sendirian oleh Isa anak Samad. Ia mesti mendapat persetujuan dari Najib al Bugisi wa al Pekani.

Jadi Najib balun kita dengan 1MDB. Kemudian dengan FGV. Nantilah- akan muncul lagi lubang2 yang digali lebih besar dari 1MDB. Lookout for pendedahan apa yang dibuat keatas Khazanah, dan Amanah Raya. Kita nak tahu apa jadi kepada berbilion Ringgit duit tidak dituntut dalam Amanah Raya? Entah2 sudah hilang.

Saya dapat merasakan, kita ahli politik sebetulnya tahu hanya sedikit sahaja dari malapetaka dan bencana Najib dan kerajaan nya lakukan. Itu sebab mengapa Dr Mahathir kata, yang menakutkan Najib ialah tindakan undang2 keatas nya jika tidak berkuasa.

Semua berlaku semasa pengawasan Najib. Najib sudah menjadi malapetaka untuk negara kita. 
simpatilah nasib peneroka.

Saya tak sampai hati nak kata padan muka peneroka. Inikah balasan kepada peneroka kerana setia menyokong UMNO? Parti yang dikatakan menjaga kepentingan Melayu? Saya tidak anti Melayu sebab saya bangsa Melayu dan beragama Islam. Saya hanya anti UMNO yang menipu bangsa Melayu.

Harga saham syarikat yang mengandung pelaburan mereka jatuh. Harga saham masa apungan : RM4.55. Harga sekarang : RM1.65. dan ia mengalami free fall.

Peter Sondakh ada duit banyak. Yang beri dia duit itu ialah Felda Isa Samad yang mungkin diarah oleh Najib keturunan lanun Bugis itu. Kita yang beri dia senjata, maka dia akan menikam kita kembali. Dengan dana berbilion Ringgit, dia boleh beli saham2 FGV yang kian murah. Akhirya, Peter Sondakh akan menjadi pemilik terbesar FGV.

Ini yang sepatutnya dikhuatiri oleh peneroka felda. Dari hak kita, menjadi hak orang lain. Jutaan Melayu yang diperdengarkan lagu anak kecil main api, inilah bencana kalau mereka duduk diam membiarkan kerajaan Najib melakukan segala perkara fasad.

Felda sendiri akan menjadi pemilik minority, yang lain nya disapu oleh Peter sondakh. Kita  buka pintu, orang Majapahit masuk kedalam kota. Hang Tuah tidak ada. Jebat entah dimana. Yang ada ialah Hang ManaLari.

langit mendung diatas rancangan Felda.
Kepada peneroka felda, apa ertinya ini?  Ertinya, dividend keatas ekwiti mereka dalam FGV akan menurun. Untung dari FGV akan  berkurangan. Bila berkurang, mereka tidak dapat membiayai kemudahan masyarakat dalam felda.

Dan peneroka jangan ingat kerajaan mesti dan wajib memanjakan mereka. Peneroka sudah pun mendapat tanah dan kemudahan2 yang tidak diperolehi oleh kampong2 tradisional.

Mereka tidak boleh mengharapkan bahawa kerajaan akan menampung dan menanggung mereka. Peneroka ada felda dan sekarang syarikat pelaburan mereka- FAHC dan KPF untuk melabur dan mendapat untung bagi pihak peneroka. Felda sendiri sebagai pemegang saham dalam FGV  pun bertanggung jawab keatas peneroka.

Itu sebabnya, peneroka mesti waspada dan memerhati dengan teliti apa FGV dan Felda buat. Kalau mereka belanja sesuka hati dan menghabiskan duit felda untuk menolong kerajaan Najib yang kian lama kian terserlah menipu dan membohongi rakyat, ini akan membebankan peneroka. Peneroka mesti bangkit dan menolak projek2 yang mengayakan rakan2 Najib.

Dan Peter Sondakh ialah kawan baik Najib yang sudah banyak membeli hartanah di Malaysia. Hotel di Langkawi, hotel Sheraton dan mungkin beli tanah Tabung haji untuk membuktikan TH dapat untung RM5 juta.

Kemasukan Peter sondakh dalam ekonomi Malaysia adalah rentetan dari rantaian bisnes yang terjalin lama yang dilakukan oleh Khazanah Malaysia. Apa peranan yang dimainkan oleh khazanah dalam kes ini?

Mungkin mereka lah yang menasihati FGV dan mengesyorkan rakan Pak Peter sebagai calun terbaik kepada Pak Najib. Dan Ibu Rosmah.

Dalam semua kes2 dimana Peter Sondakh memetik buah2 yang tergantung rendah, yang membantu dan jadi bidan ialah Khazanah. Apakah Khazanah telah menasihati Isa Samad, bahawa belian RM2.8 billion ladang sawit dan gula milik Sondakh adalah pelaburan yang baik? Ianya boleh dijustifikasikan sebagai langkah mengujudkan ekonomi skala dan integrasi ekonomi asean.


pemimpin UMNO membisu seribu bahasa.
Tidak ada pun pemipin UMNO yang mempertikaikan pembelian ini. Mereka semua tidor dengan elaun yang besar kerana jadi chairman badan2 berkanun milik negara.Najib terlebih dahulu menyumbat mulut mereka.

Isa Samad, spend baby spend.
Ketika harga saham FGV jatuh, dan hasil kurang, FGV gatal hendak beli asset. Ianya terbukti langkah yang kurang bijak apabila Felda membeli saham yang tidak menguasai. Ianya seperti masukkan duit hanya untuk bantu kawan Najib.

Apa yang hendak dibeli oleh FGV? Ia hendak beli ekwiti atau saham dalam suatu kumpulan bisnes ladang yang bernama PT Eagle High Plantations dan 95% ekwiti dalam suatu projek menanam gula terletak di Pulau Papua –kedua dua nya milik Peter Sondakh melalui syarikat Rajawali Group.

Dalam urusniaga tersebut, , Felda akan membayar US$679juta untuk memilik 37% pegangan dalam syarikat  Eagle High dan membayar US$66.5juta untuk ladang bisnes gula Peter Sondakh.

FGV yang saham nya sudah jatuh dan pendapatan nya berkurang memikirkan ianya suatu langkah yang baik, untuk keluar duit beli estet sawit dan gula? Kenapa tidak conserve duit itu?

3 tahun pun FGV tidak mampu menunjukkan kejayaan. Yang kita dengar FGV bina bangunan baru, hendak bangunkan bandar baru, beli hotel, beli syarikat2, - ertinya, belanja lebih dari pendapatan. Isa samad mengurus FGV macam mengurus negara dan negeri. Tidak mengapa kalau bajet deficit.

Beza nya, setiap perbelanjaan membawa risiko ianya akan rugi. Bila rugi akan mendedahkan para peneroka yang bergantung harap kepada ejen2 pelaburan nya dalam FGV bertindak sebagai pengurus pelaburan yang bijak.

Syarikat yang melabur bagi pihak peneroka, ternyata tidak cekap malah incompetent. Mereka sepatutnya unload shares mereka ketika harga masih baik. Bila FGV mengalami kerugian , dividen rendah. Bila rugi, mereka kurang pendapatan. Bila kurang pendapatan tidak dapat belanja keatas perkara yang penting untuk peneroka- sebagai peminjam pilihan akhir, sebagai sumber meminta bantuan, melaksanakan kemudahan masyarakat, dan lain lain lagi.

Jika FGV dalam kesusahan, bagaimana ia menjaga kebajkan peneroka?

Peneroka kuasailah masa depan kamu.
Bayangkan ini, peneroka felda sendiri, jika ada modal wang boleh membeli semua saham yang ia tidak miliki pada harga ini dan menguasai bisness. Ertinya, kesemua Felda dan FGV boleh dibeli oleh peneroka.

Semua peneroka melalui KPF pergilah mengadap maharaja Najib dan merayu pada nya supaya memberi jaminan kerajaan. Dengan jaminan kerajaan, KPF isiu bond RM5 billion- beli semua saham outstanding dan letakkan sumber pengkayaan dalam tangan peneroka sendiri.

Jika Najib boleh beri surat jaminan kerajaan kepada 1MDB, mengapa tidak beri keistimewaan yang sama kepada peneroka felda?

FGV ialah suatu kesilapan.
Saya harap 112, 635 peneroka seluruh negara sedar bahawa pelaburan mereka dalam FGV, adalah suatu kesilapan yang besar. Harga saham yang dahulunya RM4.55 menjunam jatuh kepada RM1.65. Nilai satu unit saham hanya satu pertiga harga asal. Macam harga saham amanah negeri2. Yang menyekat jatuh lagi ialah pembelian oleh GLC2 kerajaan. Tapi berapa lama dapat mereka bertahan?

isa samad instrumen bencana.
Kepada peneroka ini petanda2 pasaran yang tidak baik. Bukan sahaja ia menggambarkan industry minyak sawit muram, ia juga petanda orang perniagaan tidak yakin dengan cara FGV diurus. Terutama dengan pengerusi nya Isa Samad.

Isa Samad dikenali sebagai seorang yang lebih suka berbelanja dari berjimat dan mengembangkan kapasiti FGV. Semenjak jadi pengerusi FGV Isa Samad telah melakukan perbelanjaan yang mencurigakan. Antara nya ialah membeli hotel di England dengan harga lebih tnggi daripada harga penilaian. Harga nya RM100 juta melebihi harga penilaian. Ini sudah cukup menimbulkan keraguan dalam transaksi. Ianya tidak menyekat sangkaan bahawa FGV sengaja membayar nilai yang lebih untuk mengagihkan lebihan RM100 juta tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.