`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, June 8, 2015

Menteri membazir beli mewah, Rakyat disuruh berjimat (Siapa Menteri ni?)

Dakwaan yang belum di sahkan namun jika ianya sahih memang si pembeli sakit otak nak bergaya guna dana spt kepunyaan mereka sendiri.  
 Ketika rakyat disuruh berjimat untuk menangani kos sara hidup yang tinggi, Menteri pula yang membazir dan bermewah membeli nombor plat kenderaan.
“Perdana Menteri suruh rakyat berjimat. Tetapi Menteri sendiri membazir duit hanya untuk membeli plat kenderaan sahaja,”.
Merujuk pendedahan Pengerusi NGO anti-jenayah Mywatch, R Sri Sanjeevan berhubung pembelian tujuh nombor plat kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister) bernilai RM200,000.
plat kereta mewah
Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang tertera nama ‘Idris Bin Haron’, nama sama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11.
Antara nombor plat lain yang dibida adalah MCM 2 hingga MCM 11.
Nombor plat MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama ‘Fadilah Binti Abdullah’ yang sama seperti isteri Idris, manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris.
Kata Sanjeevan, nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 ‘Rosli bin Hasan’ juga kebetulan sama seperti nama setiausaha sulit Idris.
Idiris bagaimanapun petang ini menafikan menggunakan wang kerajaan Melaka untuk membida nombor plat tersebut.
Jika pembida seorang individu, kemampuan individu tersebut boleh dipersoalkan.
“Dari mana mendapat yang banyak semata-mata beli nombor plat? Apakah ada syarikat yang membayar bagi pihak dia untuk mendapatkan kontrak daripada kerajaan”.
“Mungkin ada rasuah atau berlaku penyelewengan wang rakyat dalam ini? 

1 comment:

  1. Picture above already mention MALACRAP, no need 2 guess.
    Corruption is EXTREMELY in that particular state.
    As far as I can recall, one particular student has been driving a car with the plate MH9 or MK9 (prefix cannot be sure, but suffix is single number 9) to school.
    Then later changing to MX2, a motorcycle, then MY2, another motorcycle.
    Turns out to be a politician's son.
    That particular politician is Gan Boon Leong, the son is called Gan Tian Soh, as I can recall...

    CORRUPTION runs very-very-very deep, in that area.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.