`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, June 26, 2015

Polis halang SPRM siasat dakwaan rasuah di IPD Sepang



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendakwa berlaku salah faham ketika seorang pegawainya sedang menyiasat satu dakwaan serahan wang rasuah yang sepatutnya dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah, Sepang pada Selasa.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob, dalam satu kenyataan pada Khamis malam, menjelaskan sebaik sahaja tiba, pegawai SPRM itu menahan seorang pegawai di IPD tersebut.

Tindakan itu menyebabkan berlaku salah faham antara pegawai polis terbabit dan pegawai SPRM berkenaan.

Bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, pegawai SPRM itu diarahkan untuk meninggalkan IPD tersebut. Sehubungan dengan kejadian tersebut, satu laporan polis dibuat pada Rabu oleh SPRM.

Berikutan kejadian itu, pengurusan SPRM mengadakan perbincangan dengan pengurusan Polis Diraja Malaysia.

Menurut kenyataan SPRM, agensi kerajaan tesebut hanya menjalankan fungsi yang diperuntukkan mengikut Akta SPRM 2009 dengan bebas, telus dan profesional.

Astro AWANI difahamkan wang perangkap sejumlah RM10,000 dibawa oleh isteri suspek yang ditahan oleh pihak polis.


- astroawani

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.