`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, June 27, 2015

Tunisia, Kuwait Diserang Pengganas. Siapa Pengganas Itu?

BEBERAPA anggota polis mengawal orang ramai yang cuba menyerang seorang suspek (tengah) dalam serangan di sebuah hotel di Sousse, Tunisia.

TUNIS – Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh termasuk seorang lelaki bersenjata dalam serangan di sebuah hotel di resort tepi pantai Sousse, Tunisia, demikian menurut seorang pegawai kementerian dalam negeri Tunisia semalam.
Sumber keselamatan dan stesen radio tempatan menyatakan, serangan berlaku di Hotel Imperial Marhaba.
 
Menurut sumber keselamatan di tempat kejadian, mayat seorang lelaki bersenjatakan raifal Kalashnikov dilihat terbaring selepas dia ditembak mati pasukan polis.
 
Seorang wanita Ireland, Elizabeth O’Brien yang bercuti bersama dua anak lelakinya di resort Sousse berkata, dia sempat menarik tangan anak-anaknya sebelum lari menyelamatkan diri sebaik mereka terdengar bunyi tembakan dari salah sebuah hotel berkenaan.
 
“Kami berada di pantai, anak-anak saya sedang berenang di laut dan saya baru naik ke pantai. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari.
“Apabila saya mendongak dan kira-kira 500 meter di hadapan, saya menyaksikan sebuah belon udara panas runtuh. Saya kemudian melihat dua individu yang mahu menaiki belon itu berlari ke arah saya,” ujar O’Brien kepada stesen radio RTE.
 
Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap kementerian dalam negeri, Mohammed Ali Aroui berkata, seorang lelaki bersenjata masuk melalui pintu belakang hotel berkenaan dan melepaskan tembakan.
 
“Angka kematian ialah 27 termasuk pelancong,” katanya tanpa mendedahkan kerakyatan mangsa.
 
Menurut jurucakap berkenaan, seramai 12 lagi mangsa dilaporkan masih dirawat di hospital akibat kecederaan.
 
“Ia serangan pengganas yang disasarkan ke atas Hotel Marhaba di daerah Pelabuhan El Kantaoui,” kata Mohammed Ali.
“Penyerang telah dibunuh,” tambahnya tanpa mengetepikan kemungkinan terdapat lebih daripada seorang penyerang.
 
Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Perancis memberitahu bahawa penyerang dikenali sebagai Yassin Salhi. Dia dipantau oleh perkhidmatan keselamatan sejak beberapa tahun lalu tetapi tidak memiliki rekod jenayah.
Bandar Sousse yang terletak 150 kilometer dari ibu kota Tunisia, Tunis merupakan antara resort paling popular di negara itu terutama dalam kalangan pelancong dari Eropah dan Afrika Utara.
 
Setakat ini, belum ada maklumat jelas tentang kerakyatan mangsa yang terbunuh namun, beradasarkan bulan Ramadan, mereka yang berada di pantai biasanya pelancong asing.
 
Keganasan terbaharu itu berlaku pada hari sekurang-kurangnya 25 orang di sebuah masjid Syiah di Kuwait terbunuh dalam serangan pengebom berani mati, manakala seorang militan lain disyaki melancarkan serangan di sebuah kilang gas di timur Perancis. 
 
Serangan di Kuwait itu juga telah menyebabkan lebih 202 orang cedera. - Tunisia berada dalam keadaan berjaga-jaga tertinggi sejak Mac lalu selepas beberapa militan bersenjata menyerang Muzium Bardo di Tunis dan membunuh sekumpulan pelancong asing dalam serangan paling buruk dalam tempoh satu dekad di negara Afrika Utara itu. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.