`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, July 29, 2015

Lepasan Universiti Kemunting jadi PM ke 7 ?


Tentunya orang Perak boleh tersenyum seketika kini.Ini kerana MP Bagan Dato Zahod Hamidi di pilih PMNajib untuk gantikan tempat TPM Muhyiddin Yassin.

Anak saudara kepada Panglima PAS arwah Dato Hasan Adli ini mempunyai sejarah panjang dalam UMNO.

Bekas pelajar sekolah agama di Perak ini pernah isytihar "perang" ke atas Dr Mahathir atas isu kroni dan nepotisme.Belia menjadi Ketua Pemuda UMNO di era Anwar menjadi Timbalan PM.Zahid bersama Anwar ketika krisis Mahathir-Anwar 1998 yang menyebabkan Mahathir hantar Zahid "menuntut ilmu" ke Universiti Kemunting.

Selepas "lulus belajar" di Universiti Kemunting,beliau "bertaubat" dan berpaling tadah dengan menyokong semula Dr Mahathir. 

Selepas PRU 2008,Pak Lah masukkan Zahid menjadi ahli kabinetnya sebagai Timbalan Menteri.Apabila giliran Najib menjadi PM,Zahid di angkat menjadi menteri penuh.Mulanya sebagai Menteri Tentera(Pertahanan) kemudian menjadi Menteri Polis(KDN) pula.

Semasa  menjawat Menteri Tentera,Lahad Datu di serang penceroboh Solo.Apabila Najib melantiknya menjadi Menteri Polis,Zahid mula tunjuk belangnya hinggakan Gengster, Kongsi Gelap,sindiket dadah dan gerila IS pun "gerun" dengannya.

Walaubagaimanapun,beberapa kontroversi juga melandanya seperti kes pukul Bazli dan wartawan MalaysiaKini.Biasalah panas baran peminat motor berkuasa tinggi.

Barangkali suhu amarah Zahid turun sedikit apabila menjadi orang nombor dua Malaysia dan bakal menjadi orang Perak pertama menjadi PM Malaysia.Itupun jika UMNO masih releven untuk setahun dua ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.