`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, July 30, 2015

Pelajar 13 Tahun Dirogol 3 Konstabel Pelatih PULAPOL



Satu kejadian rogol remaja bawah umur telah berlaku pada 17/7/2015 yang lalu sekitar jam 11.59 malam di Pitas, Sabah. Pada waktu tersebut, mangsa berusia 13 tahun telah pergi ke perhentian bas berdekatan sebuah padang permainan di daerah Pitas, Sabah untuk berjumpa dengan sepupunya.

Sampai di perhentian bas, empat orang lelaki yang dikenali mangsa turut berada di tempat tersebut. Mangsa dan empat orang suspek tersebut tersebut telah meminum minuman keras berjenama Carsberg.

Kemudian suspek diajak masuk ke dalam kereta jenis Proton Gen 2 dan dirogol oleh dua orang suspek (suspek A dan B) yang merupakan konstabel pelatih PDRM di PULAPOL.

Selepas dirogol oleh suspek A & B, suspek C dan D pula telah membawa mangsa ke sebuah pondok berdekatan untuk dirogol sekali lagi. Suspek C juga merupakan konstabel pelatih PDRM di PULAPOL manakala suspek C masih belum dapat dikenal pasti.

Ketiga-tiga suspek yang merupakan konstabel pelatih PDRM tersebut telah mendaftar masuk di PULAPOL namun masih belum dikenakan tindakan . MyWatch menggesa tindakan keras dikenakan terhadap mereka dan dalam masa yang sama seorang lagi suspek yang masih belum dikenal pasti dapat ditahan seberapa segera.

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.