Berkemundang lagu P.Ramlee
dendang perantau
bersama lailatulqadar
dengan lirik menusuk
apa kan daya
masa tidak akan kembali
hancur musnahlah semuanya.
Raya tahun ini
suka atau tidak
benci atau meluat
untuk rakyat marhaen
anak bulan kelihatan atau tidak menyambut raya GST dan 1MDB dengar nasihat orang pandai di TV
tidak perlu balik kampung
dengan kenaikan kos kehidupan
harga minyak makin naik
tol juga mahu naik
dan kata pak menteri
cukup ala kadar di 1 Syawal
masak nasi goreng aidilfitri
untuk berjimat cermat
sambil bersyukur negara masih aman demi membayar hutang negara dan segala hutang one off GLC
mencecah satu trilion RM
dikala nilai RM merudum
dan pelbagai skandal
beriblion dana masuk akaun perompak yang menjaga amanah
ironi sambil terus berjanji
untuk menyiasat dan menghukum
kalau sesiapa bersalah.
Apa kan daya
dikatakan tanpa GST dan 1MDB retorik perompak dan pembohong yang kaya raya makan rasuah
perut buncit berak merata
mempertahankan survival diri
tidak mungkin wawasan 2020 negara maju berpendapatan tinggi
menjadi realiti
maka jomlah kita beraya
berkorban dan terkorban
dengan GST dan 1MDB
sebelum majoriti menjadi miskin menanggung segala hutang piutang tergadai kedaulatan dan ketuanan
di sebuah negara muflis!
Fudzail
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.