`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 19, 2015

14 Terperangkap Dalam 'Kepala Air' Di Kuala Kubu Bharu



Sekurang-kurangnya 12 lelaki dan dua wanita terperangkap dalam insiden kepala air ketika berada di kawasan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, dekat ibunegara malam tadi.

Mereka dikatakan melakukan aktiviti mendaki bukit di lokasi itu ketika kejadian berlaku.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, 13 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 7 malam.

"Tujuh pengunjung adalah warga Pakistan dan diselamatkan pada jam 10.45 malam," katanya sambil menambah usaha mencari dan menyelamat mangsa lain masih diteruskan.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata anggota penyelamat terpaksa menunggu paras air di sungai berkenaan surut bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Namun, katanya, laluan alternatif sedang diusahakan untuk ke lokasi mangsa terperangkap.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.