`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 17, 2015

Gadis Diculik dan Dirogol di dalam Kereta

Sekadar hiasan.
Seorang gadis sedang berjalan kaki ke tempat kerja sebaliknya diculik dua lelaki sebelum dirogol di dalam kereta berhampiran sebuah bangunan di Sunway di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun menunggu untuk melintas jalan di Salak Selatan di sini, sebelum ditarik suspek menaiki kereta.

Sumber berkata, kereta dinaiki dua lelaki tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum salah seorang daripadanya menarik mangsa masuk ke dalam kenderaan itu.

“Mangsa kemudiannya dicabul di dalam kereta itu sebelum dibawa ke kawasan meletak kenderaan sebuah bangunan dalam pembinaan di kawasan Sunway,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudiannya dirogol di dalam kereta itu sebelum berjaya melarikan diri dan meminta bantuan orang ramai.

“Mangsa dikatakan berjaya melarikan diri ketika suspek sedang bertukar tempat duduk dengan rakannya yang memandu kereta itu.

“Mangsa turut menjerit meminta tolong namun ketika kejadian tiada orang awam berada di lokasi kejadian. Susulan itu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan di sini,” katanya.-Harian Metro/17/10/15

Berita Lain:

Wanita Diculik, Diseksa 3 Hari

Seorang wanita berdepan pengalaman ibarat dalam neraka selama tiga hari apabila diculik sebelum dikurung di sebuah rumah dan dipukul selain diseksa tanpa diberi makan serta minuman.

Malah, mangsa yang berusia 21 tahun itu hampir diperkosa dua lelaki yang menculiknya, selain telefon bimbit dan wang tunai miliknya dirampas.

Bagaimanapun, mangsa dibebaskan Rabu lalu selepas menjadi mangsa seksaan suspek tidak dikenalinya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, mangsa keluar rumah pada Isnin lalu jam 9.30 malam untuk membeli makanan di Taman Keladi, di sini, dengan menaiki motosikal.

Menurutnya, ketika melalui satu lorong di taman itu, tiba-tiba datang sebuah van dan dua lelaki terus menahannya serta merampas telefon bimbit bersama wang tunainya.

“Suspek juga bertindak menampar mangsa sehingga pengsan sebelum dibawa lari ke sebuah rumah kosong.

“Sebaik mangsa sedar, dia terkejut apabila berada di dalam sebuah bilik yang tidak diketahui lokasinya,” katanya. -Harian Metro/17/10/15

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.