`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, October 16, 2015

Maria Chin, 6 peserta #KitaLawan cabar pertuduhan Akta Perhimpunan Aman

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah memberitahu mahkamah dia akan merujuk isu Perlembagaan di Mahkamah Persekutuan terhadap tuduhan yang dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung perhimpunan di ibu negara, Mac lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Oktober, 2015.Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah memberitahu mahkamah dia akan merujuk isu Perlembagaan di Mahkamah Persekutuan terhadap tuduhan yang dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung perhimpunan di ibu negara, Mac lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Oktober, 2015.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah memberitahu mahkamah dia akan merujuk isu Perlembagaan di Mahkamah Persekutuan terhadap tuduhan yang dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung perhimpunan #KitaLawan di ibu negara, Mac lepas.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Gooi Hsiao Leung ketika kes itu disebut di hadapan Majistret Nur Azura Murah, di Kuala Lumpur hari ini.
Selain Chin, 3 lagi iaitu Pengerusi Jingga 13, Mohd Fariz Abd Talib @ Musa, Pengurus Sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin akan turut membuat permohonan sama.
 Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon tarikh perbicaraan memandangkan pihaknya bersedia untuk memulakan perbicaraan kes itu selain semua dokumen berkaitan kes itu diserahkan kepada pihak pembelaan.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semula kes itu bagi membolehkan semua tertuduh itu merujuk persoalan undang-undang itu ke Mahkamah Persekutuan.
Mengikut pertuduhan, keempat-empat mereka didakwa bersama dengan orang lain yang masih bebas menyertai suatu protes jalanan bagi tujuan tertentu di hadapan kawasan air pancut persimpangan Jalan Tun Perak dan berakhir di hadapan Kompleks Sogo di Kuala Lumpur.
Mereka didakwa menyertai protes jalanan itu bagi tujuan antaranya reformasi, bebaskan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bebas berhimpun serta Bersuara antara 3.15 petang hingga 6 petang, 28 Mac lepas.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret lain, 3 lagi individu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang, 35, Pegawai Khas Ahli Parlimen Batu, Rozan Azen Mat Rasip, 38, dan ahli PKR, Lee Chean Chung, 34, akan turut memfailkan permohonan sama ke Mahkamah Persekutuan.
Sebelum ini, ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah menyertai protes jalanan bermula di hadapan Sogo dan berakhir di kawasan air pancut persimpangan Jalan Tun Perak di sini antara 4.30 petang dan 5.05 petang, 21 Mac lepas.
Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) APA 2012 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta sama membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan.
Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semula kes. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.