`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, October 14, 2015

Never take side against the country or against 1MDB?

Never take side against the country or against 1MDB?
Kami terkilan dengan posting terbaru oleh blogger handal The Unspinners yang memaparkan gamabr seorang boss mafia yang memberi amaran keras kepada anak buahnya supaya jangan mengkhianati kumpulan mafia tersebut sambil memaafkannya keatas kesilapan yang dulu.Di bawah gambar itu beliau mengingatkan anak buahnya supaya "don't take side against the country "
Persoalan yang membenak dihati samada beliau terlalu ghairah mempertahankan 1MDB sehingga tidak dapat membezakan kepentingan negara dengan kepentingan Dato Śeri Najib, Jho Low dan suku sakatnya.Yang menentang 1MDB ni negarawan yang banyak berjasa kepada negara, Gabenor Bank Negara yang diiktiraf seluruh dunia dan pemimpin tertinngi UMNO yang tidak sanggup menjadi pak turut untuk menghalalkan kemungkaran.
Yang menyokong 1MDB ni kaki politik yang sewaktu dengan RPK yang dahulunya dibalun kaw kaw oleh para bloggers UMNO sendiri serta CEOnya yang banyak kali memberi gambaran yang tidak tepat. Meskipun saya telah mengenal CEOnya tu dari bangku sekolah rendah tetapi saya tidak tergamak untuk menjadikan diri balaci untuk bersama-sama mempertahankan karenah orang kenalan PM yang telah membalun harta negara.
Meskipun saya amat tidak setuju dengan tindak tanduknya tetapi saya tidak tergamak nak memaki dia dengan kata kesat seperti pembohong dan sebagainya. Ini bukan kerana beliau berjasa besar tetapi ianya atas dasar gentleman.
ee
Tapi dalam keghairahan sdr Unspinners untuk mempertahankan kemungkaran dalam 1MDB, saudara tergamak untuk menghina Tun Dr Mahathir serta untuk memomokkan Gabenor Zeti. Itu atas dasar apa? Tidakkah saudara sudah terlupa akan segala jasa yang dicurahkan oleh Tun kepada rakyat Malaysia dan khususnya kaum Melayu sepanjang pentadbiraannya?
Inilah perbezaan ketara dianatara mereka yang berjuang demi kepentingan negara berbanding mereka yang mengambil upah nak menghentam orang. Kalau kita berhujah ianya berdasarkan fakta dan data. Percakapannya mungkin pedas tetapi tidak sampai menghina orang kerana kita orang yang beradab. Tetapi kalau kita dah terlalu taksub dengan mengejar wang, segala budi bicara akan diabaikan sampai titah Raja dijadikan bahan sindiran.
Itulah beza dianatara mereka yang berjuang demi kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi. Eloklah tuan fikir sekejap dan bertanyakan samada apa yang dimaksudkan itu "don't take side against the country or don't take side against 1MDB"-BlogSpot

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.