`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 18, 2015

Pelajar Merogol, DiRogol Kerana, Dasar Pendidikan UMNO/BN Yang Gagal.

TAMPIN - Seorang remaja nekad membuat laporan polis yang mendakwa dirinya dirogol oleh seorang senior di dalam tandas sebuah sekolah di Gemenceh kerana tidak tahan dengan ugutan yang diterima dari seniornya.

Remaja terbabit yang berusia 14 tahun membuat laporan di Balai Polis Gemenceh pada Selasa lalu dengan berkata dia dirogol tiga kali pada Mac lalu. Mangsa bertindak membuat laporan polis kerana gusar dia sering menjadi tempat melampias nafsu buas seniornya sendiri.

Memetik laporan dari sumber Sinar Harian, semasa kejadian pelajar berkenaan berada di kantin sekolah kira-kira jam 8.30 malam. Pelajar terbabit yang duduk di asrama sekolah menerima pesanan WhatsApp dari suspek yang mengajaknya berjumpa.

Suspek merupakan pelajar berusia 17 tahun dan bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ini mengugut mangsa jika enggan bertemu dengannya, mangsa akan menerima balasan buruk.

Mangsa yang ketakutan terpaksa berjumpa dengan suspek di tandas lelaki dan dirogol suspek sebanyak tiga kali pada malam berkenaan antara jam 8.45 malam hingga 9 malam,” katanya.

Selepas kejadian, suspek mengugut mangsa supaya tidak memberitahu kepada sesiapa tentang kejadian. Menurut sumber terbabit, mangsa yang takut terpaksa akur dengan permintaan suspek namun suspek bertindak biadap apabila merogol mangsa berulang kali pada Mei dan Jun lalu.

Mangsa yang pada mulanya takut dan malu akhirnya nekad membuat laporan polis berhubung kejadian rogol berkenaan kerana tidak mahu terus menerus diugut.", katanya.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan kejadian. Beliau berkata mangsa telah dihantar ke Hospital Tampin bagi pemeriksaan lanjut.

Suspek telah ditangkap dan direman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya. 

Ini satu lagi bukti, bahawa dasar pendidikan negara gagal melahirkan insan profesional yang bertakwa. Gagal melahirkan manusia yang mempunyai tingkat moral yang tinggi. (IH)

1 comment:

  1. Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu perkenalkan nama saya Pak Kusniadi. Dari Bogor. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib coba hubungi nomor hp MBAH JEJE TRIJAYA katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi MBAH JEJE TRIJAYA, dan saya menceritakan semuanya, tenteng keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya MBAH JEJE TRIJAYA,saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib MBAH JEJE TRIJAYA bagi yang berminat hubungi MBAH JEJE TRIJAYA di nomor ini: 0823 3737 6471 dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaibnya demih allah demi tuhan...ini kisah nyata dari saya,terima kasih.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.