`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, October 21, 2015

Tangkap Dan Dakwa Jamal - Ali Tinju



PETALING JAYA : Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos.

Dia berkata, polis patut bertindak lebih adil dengan menangkap dan mendakwa jika Jamal melakukan kesalahan serius seperti menganjurkan perhimpunan haram.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu berkata, Jamal seolah-olah kebal apabila masih meneruskan perhimpunan walaupun polis tidak memberi kebenaran.

“Saya harap Ketua Polis Negara kena berlaku adil , ambil tindakan tegas ..tak kira dia adalah ketua bahagian, dia adalah NGO , parti politik manapun jika melakukan kesalahan tangkap, dakwa,” katanya kepada FMT.

Ali Tinju turut memperlekeh Jamal kerana mendakwa pemilik rangkaian Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu sering membuat perhimpunan cacamarba.

Katanya, tindak tanduk yang dibuat oleh Pengerusi Gabungan NGO Melayu itu sering melawan arus dan memberi impak tidak baik kepada kepimpinan UMNO.

“Saya beranggapan Perdana Menteri tak setuju apa yang dibuat Jamal hari ini. Bukan setiap hari kita nak berdemo, rakyat dah bosan..

“Contohnya Jamal kata kerajaan Negeri Selangor cacamarba..lepas ni katakanlah orang kerajaan Negeri Selangor buat bantahan terhadap Kerajaan Pusat, akhirnya benda ini tidak ada titik noktah yang muktamad. Setiap hari, setiap masa ada perhimpunan , ada bantahan,” katanya.

Dia merujuk kepada perancangan Jamal untuk mengadakan himpunan di Kelana Jaya dan Subang.

Dalam pada itu, Ali Tinju turut mempersoal mengapa Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu tidak mengadakan himpunan di kawasannya.

“Sekejap dia nak buat kat Kajang, sekejap nak buat kat Ampang, sekejap nak buat kat Subang, mengapa dia tak nak buat kat tempat dia sendiri? Sepatutnya dia kena buat kat tempat dia sendiri sebab tempat dia pembangkang.

“Tempat itu (Sekinchan) adalah tempat DAP, mengapa dia buat kat tempat lain..Contohnya di Kajang ada orang kajang yang jaga. Kalau di Ampang, ada orang yang jaga,” jelasnya.

1 comment:

  1. Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu perkenalkan nama saya Pak Kusniadi. Dari Bogor. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib coba hubungi nomor hp MBAH JEJE TRIJAYA katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi MBAH JEJE TRIJAYA, dan saya menceritakan semuanya, tenteng keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya MBAH JEJE TRIJAYA,saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib MBAH JEJE TRIJAYA bagi yang berminat hubungi MBAH JEJE TRIJAYA di nomor ini: 0823 3737 6471 dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaibnya demih allah demi tuhan...ini kisah nyata dari saya,terima kasih.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.