`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, November 3, 2015

Enggan Tolak Bajet 2016, PAS Pentingkan Najib & UMNO Dari Rakyat

Dengan atau tanpa PAS, Pakatan Harapan tolak bajet

Pakatan Harapan hari ini menegaskan ia akan tetap dengan pendirian meneruskan untuk menolak Belanjawan 2016 dan meneruskan usaha usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.Datuk Seri Najib Razak.

“Bagi kami, kedua-dua perkara, iaitu menolak belanjawan dan usul undi tidak percaya merupakan tugas moral ahli-ahli Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia.


“Ini kerana kepimpinan Najib kini terbukti dibelenggu oleh skandal demi skandal termasuk 1MDB dan derma yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri yang membawa kemudaratan kepada negara dan rakyat,” kata Pakatan Harapan dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, PAS mengambil langkah berkecuali dan tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak kerana dasar parti itu adalah bagi menyokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan membantah perkara-perkara negatif.

Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz pula menjelaskan bahawa 14 ahli parlimen parti itu akan berkecuali kerana walaupun mereka mentang beberapa perkara seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), belanjawan itu masih mempunyai kebaikan untuk rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, bagaimanapun berkata, beliau masih belum menerima apa-apa arahan rasmi mengenai perkara itu.

PAS diketepikan daripada pakatan pembangkang yang baru itu selepas bertelagah dengan DAP sehingga membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat. -mk

Kenapa perlu Tolak Bajet 2016
Intipati ucapan Sdra YB Rafiizi Ramli

1. Bajet ini pemimpin2 bn sendiri pun tak berani pertahankan.

2. Kebanyakan kementerian kena potongan yang cukup byk, kecuali Jab. Prdana Mnteri (JPM) saja yg dpt kenaikan

3. Zaman pak lah JPM hanya dpt sekitar RM8 bilion setahun zaman najib meningkat RM20b setahun.

4. Drpada 20b tersebut beberapa bilion dikategorikan sebagai perbelanjaan tanpa rekod.

5. Segala bentuk sudsidi kepada rakyat dihapuskan termasuk subsidi tepung, minyak masak dan smlm seperti diumum, subsidi beras.

6. Potongan kepada universiti sebanyak 1.4 bilion dimana satu univ dianggarkan kekurangan sehingga rm200 juta. Lpas ni pihak univ djangka akan naikkan yuran dan kenakan berbagai yuran baru.

7. Subsidi TNB dihapuskan, dulu rumah yg bil letriknya rm20 kebawah krajaan tolong bayar, thun depan semua kena byar sendiri.

8. Segala bentuk biasiswa termasuk yg diberi melalui mara dihapuskan.

9. Pembinaan 6 buah uitm baru diswastakan dan diberi kepada kroni2.

10. Pembinaan hospital uitm puncak alam kos asal rm600 juta namun diberi kepada kroni dgn kos rm8 bilion (Ibrahim ali salah seorang lembaga pengarah uitm pun tak bangkang).

11. Pertama kali dlm sejarah bajet, jumlah cukai yg akan dikutip dari individu (rakyat) melebihi jumlah yg bakal dikutip dari sykt2.

12. Cukai gst tahun depan dijangka sekitar rm38 bilion dan kerajaan dijangka menaikkan gst sehingga mencapai 10% pada tahun 2020



ULASAN GB

Beberapa kenyataan dan pendirian Haji Hadi dan PAS mutakhir ini menampakkan keterasingan PAS dari perjuangan rakyat yang pada PRU13 yang lalu, 52% rakyat mengundi Pakatan Rakyat.

PAS nampaknya menyongsang arus. Tidak lagi memperjuangkan nasib rakyat.

Kenyataan-kenyataan Haji Hadi danpimpinan PAS lebih ketara untuk "memisahkan diri" dari blok pembangkang di samping cuba mengambil hati Perdana Menteri, Najib Razak dan parti UMNO.

PAS tidak bersama PH mengankat plakad menanya Najib "Mana Derma RM2.6 Bilion?", PAS tidak bersama Pakatan Harapan untuk dengan tegas mengusul undi tidak percaya kepada Najib", PAS kononnya tak gila kuasa tapi hanya mahu menjadi Penasihat UMNO BN dan yang terbaru PAS tidak bersama di dalam usul menolak bajet 2016.

Tidak mahu menyokong usul tolak bajet 2016 bererti PAS rela dan redha dengan penindasan dan kezaliman kerajaan UMNO BN yang penuh dengan korupsi itu.

Jika mengikut Nik Abduh, kononnya ada beberapa hal yang menguntungkan rakyat di dalam Bajet 2016 adalah kerana "budak mentah" dalam politik ternampak dan terpedaya adanya "gulu-gula" yang diselitkan di dalam Bajet 2016.

Apa-apa hal pun, Najib pasti tersenyum girang dengan pendirian Haji Hadi dan PAS.

Penyatuan PAS dan UMNO yang kini sedang diusahakan oleh beberapa bekas pimpinan PAS sendiri kini berjalan baik dan yang malangnya ialah pimpinan tertinggi PAS enggan berterus-terang untuk mengelakkan ahli-ahli PAS meninggalkan parti berkeanaan.

Namun, hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Yang benar itu akan tetap terserlah jua akhirnya. Ia tidak dapat disembunyikan. Rakyat sudah membuka matanya...

p/s ooops nak kongsi satu kisah... 

2 comments:

  1. Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu perkenalkan nama saya Pak Kusniadi. Dari Bogor. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib coba hubungi nomor hp MBAH JEJE TRIJAYA katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi MBAH JEJE TRIJAYA, dan saya menceritakan semuanya, tenteng keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya MBAH JEJE TRIJAYA,saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib MBAH JEJE TRIJAYA bagi yang berminat hubungi MBAH JEJE TRIJAYA di nomor ini: 0823 3737 6471 dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaibnya demih allah demi tuhan...ini kisah nyata dari saya,terima kasih.

    ReplyDelete
  2. How To Win You Ex Back

    With happiness in my heart sharing this testimony on how my ex Husband is back with the help of a great spell caster Dr Ukaka who i contacted for help and he give me the best of help and after the spell my Husband i was back to me what a great joy today living happy with my Husband i all thank to Dr Ukaka contact him on his via mail freedomlovespell@hotmail.com website freedomlovespelltemple.yolasite.com all call him+2348133873774 Goodluck

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.