`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 29, 2015

Patutpun Jual RM9.83 Bilion Boleh Kurangkan Hutang 1MDB Hingga RM18 Bilion.. Hutang Edra Pun Banyak Rupanya..


Penjualan anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Edra Global Energy Bhd, turut mengambil kira liabiliti atau hutang syarikat itu, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.

 Jelasnya, China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) yang membeli kesemua aset Edra pada harga RM9.83 bilion, juga bersetuju menyerap hutang syarikat berjumlah hampir RM8 bilion.

"Ia tawarkan RM9.83 bilion dan ambil alih hutang hampir RM8 bilion. Jadi kita mesti lihat nilai digabungkan (hampir RM18 bilion).

"Hutang adalah liabiliti yang diambil kira dalam pengambilalihan sesebuah syarikat dan orang tidak akan bayar sebegitu banyak dan hutangnya diserap kalau syarikat itu tiada nilai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Sukan Kementerian Kewangan, di Institut Penilaian Negara (Inspen), di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam laman blognya yang mempersoalkan penjualan Edra pada harga RM9.83 bilion bagi mengurangkan hutang 1MDB, sedangkan ia dibeli pada harga RM18 bilion.

Tegas Johari, semua pihak perlu maklum bahawa penjualan Edra itu terpaksa dilakukan bagi mengurangkan hutang serta sejajar penstrukturan semula 1MDB.

"Jika tidak, ia dalam keadaan hutang tidak boleh dibayar dan terpaksa diambilalih oleh kerajaan. Jika ini terjadi, ia akan hanya menambah defisit fiskal dan inilah yang cuba dielakkan.

"Secara peribadi, saya berasakan ianya situasi yang mana 1MDB tiada pilihan...hendak membuat IPO (tawaran awam permulaan) tiada respon, hendak dijual kepada pelabur tempatan pula harganya murah dan tidak cukup bagi membayar hutangn. Akhirnya ia dibuka kepada pembida luar," katanya.

Pada 23 Nov lepas, 1MDB, Edra dan anak syarikatnya memeterai perjanjian jual beli saham dengan CGN Group untuk jualan 100 peratus pemilikan dalam semua aset tenaganya, iaitu Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd (syarikat operasi Edra).

CGN Group akan membayar dalam tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar berkaitan dan tunai syarikat operasi Edra, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015.

Transaksi yang dijangka selesai pada Februari 2016, disifatkan kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB yang dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei lepas.

Johari menjelaskan, penglibatan syarikat asing dalam industri penjanaan tenaga juga bukanlah sesuatu yang baharu.

"Masyarakat perlu faham industri itu sebenarnya banyak melibatkan syarikat asing. Kadang-kadang kita panggil syarikat seperti Mitsui dan Sumitomo dan CGN berpengalaman luas dalam bidang ini," katanya.

Beliau turut menggesa masyarakat agar tidak bimbang kerana sebagai Penjana Tenaga Bebas (IPP), Edra hanya terlibat dalam aktiviti penjanaan manakala aspek pengedaran tenaga masih dikawal sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Ada tiga komponen dalam industri berkenaan iaitu penjanaan, penghantaran dan pengedaran. Aspek penghantaran dan pengedaran itu kekal eksklusif kepada TNB," katanya lapor MalaysiaGazette

1 comment:

  1. Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.