`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 25, 2015

RESTORAN MAMAK DIRAKAM TIKUS JAMAH NASI LEBIHAN DARI PINGGAN MENCEDUK NASI DISERBU .. DIKOMPAUN RM1,000 DAN DIARAHKAN TUTUP SELAMA 14 HARI.



SEREMBAN: Majlis Perbandaran Seremban (MPS) menyerbu sebuah restoran mamak di Senawang di sini, malam tadi berikutan penyebaran gambar tikus berkeliaran di tempat penyediaan makanan yang didakwa di dalam premis itu. 

Yang Dipertua MPS, Datuk Abd Halim Abd Latif, berkata sekumpulan pegawainya melakukan pemeriksaan mengejut di premis terbabit selepas menerima aduan orang ramai apabila gambar berkenaan menjadi viral di media sosial. 

"Pemeriksaan mendapati tempat penyimpanan stok makanan, dapur basah, tempat memasak, kawasan sekitar premis serta pekerja berada dalam keadaan tidak bersih dan dikelaskan dalam gred D. 

"MPS mengenakan kompaun RM 1,000 terhadap pemilik premis bagi kesalahan mengikut Undang-undang Kecil Tempat Penyediaan Makanan dan Akta Kerajaan Tempatan iaitu halangan kerusi dan meja di tempat awam," katanya di sini, hari ini. 

Beliau berkata, MPS turut mengeluarkan notis pembersihan premis yang membolehkan pihak berkuasa tempatan itu menutup restoran berkenaan jika arahan itu tidak dipatuhi dalam tempoh tiga hari. 

Difahamkan, Jabatan Kesihatan negeri turut melakukan pemeriksaan di premis berkenaan pagi tadi dan mengeluarkan arahan premis itu ditutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana didapati tidak bersih.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.