Kekawan siapa Pee Em yang menjaga negara sejak enam tahun sudah? Adolf Hitler? Bukan.
Siapa pemimpin yang kencin' kita semua sejak 2009? Lampin bin Bocor? Bukan.
Siapa Menteri Kewangan yang menjaga ekonomi negara sejak enam tahun sudah? Tikus bin Labu? Bukan.
Siapa Kapten Pasukan Bola yang tewas dua pertiga majoriti di Parlimen dan hilang undi majoriti sejak 2009? Tempang bin Bangku? Bukan.
Siapa ahli Pasukan Bola yang dok jilat Kapten sejak 2009? Ampu-Ampu bin Bodek? Bukan.
Kawan tu juga. Dengan hulubalang dia, dengan bulu dalam balang dia, dengan lanun dan penyanggak dia. Mereka itulah jadi kapten dan ahli pasukan bola yang tewas setiap hari, kapten pinisi bocor yang "on the way" sudah nak karam.
Hari ini Ringgit Malaysia sudah jatuh sampai RM4.20 baru boleh dapat satu keping Dolar Amerika.
Siapa nak bunuh diri bolehlah melabur di Bursa Saham. Lebih selamat kalau terjun dari bangunan.
Hari ini saya diberi faham oleh Jabatan Statistik, sebuah jabatan Kerajaan, bahawa kadar penganguran (unemployment rate) untuk bulan September 2015, berbanding dengan bulan September 2014 melonjak naik 22%. Ini dia carta Jabatan Statistik :
Perhatikan barisan ketiga 'Unemployed ('000)'. Bulan September 2014, seramai 377 ribu orang mengangur. Pada bulan September 2015 bilangan ini sudah meningkat menjadi 453 ribu orang - kenaikan sebanyak 22.1 % ! !
Saya sudah bilang berkali-kali dan banyak kali. Sejak Gaji Minima pada bulan Januari 2014 dan GST sejak April 2015 jentera ekonomi kita sudah mula jatuh sakit dan lumpuh. Banyak kilang dan gudang perniagaan sudah tutup.
Bank besar seperti CIMB, Hong Leong dan Affin Bank telah terpaksa kurangkan bilangan kakitangan. Sejak GST dilaksanakan permintaan untuk pinjaman bank telah merudum. Tidak ada peluang cerah untuk membuka bisnes baru atau expand (besarkan) bisnes lama.
Syarikat gergasi seperti Naza, Utusan, syarikat minyak dan kilang telah juga kurangkan bilangan kakitangan atau tutup kilang. Petronas Carigali potong gaji 20% bagi setiap pekerja kontrak.
Tahun sudah Kerajaan Malaysia membuat pengumuman bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan mengambil kakitangan baru.

Maka tidak hairanlah jika kadar pengaguran (unemployment rate) telah melonjak 22% pada bulan Sept 2015 berbanding dengan bulan yang sama tahun 2014.
Ada orang kata PM sudah mengaku kepada orang 'I know the economy is in a mess'.
Ok the economy is in a mess tetapi tahukah mereka apa yang harus dibuat untuk memulihkan ekonomi dan negara?
Mereka langsung tidak tahu. Sejak 2003 (tahun Dr Mahathir bersara) mereka telah merangkak dalam gua gelap cuba mencari jalan keluar. Malangnya mereka merangkak mengarah ke belakang gua.
Sesiapa yang cuba menegur mereka ditangkap di bawah SOSMA, di buang kerja, di hadapkan ke mahkamah, di tukar jawatan dan yang latest boleh ditangkap dibawah Akta NSC yang baru.
Tuan-tuan tidak ada sesiapa pun yang boleh menyelamatkan kita dari kaum bodoh ini kecuali kita sendiri mengambil langkah untuk menyelamatkan diri kita.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.