`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Wednesday, January 6, 2016

Wanita Nekad Bunuh Diri Selepas Dirogol



Baru-baru ini seorang penuntut perempuan di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), mencetus kekecohan selepas cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat lima bangunan pasar di Seksyen 14, Petaling Jaya..

Uiks! Kenapa boleh jadi macam tu?? Dengan bertelanjang bulat berdiri di tepi tingkap macam orang gila.. Difahamkan, perempuan ini bertindak nekad macam ini selepas dipercayai dia dirogol..

Ohhh.. Patut lah... Agaknya, mungkin dia tak dapat terima kenyataan setelah apa yang terjadi ke atas diri dia.. Sehingga dia sanggup nak mengakhiri hidup dia dengan cara membunuh diri.. Kasihan sungguh bila jadi mangsa macam ini.. Hurmm..

Wahai perogol, lihat lah mangsa yang korang telah rosakkan. Menderita disebabkan perbuatan keji korang terhadap diorang! Mangsa yang berumur 24 tahun, dipercayai dirogol di tempat lain sebelum mangsa menaiki basikal ke lokasi kejadian untuk membunuh diri..

Perbuatan perempuan ini telah disedari oleh pak guard di bangunan tersebut yang dikenali sebagai Hamdi.. Pak guard tersebut menceritakan, semasa beliau sedang berkawal di bangunan tersebut. Dia ternampak mangsa meletakkan basikal di kawasan belakang pasar dan menyangka mangsa mahu pergi berjogging..

Jogginglah sangatkan.. Tetapi selepas Hamdi selesai membuat rondaan di tingkat bawah, beliau telah pergi ke tingkat lima dan  terkejut selepas ternampak perempuan yang sama yang dia nampak dibawah tadi, duduk di atas tembok dan bersedia untuk terjun..

Pak guard tersebut cuba untuk menghalang akan tetapi perempuan itu menjerit-jerit sambil berkata jangan dekat dengannya.. Pak guard tersebut cuba untuk meminta bantuan di tingkat bawah. Namun apabila pak guard tersebut sampai ke bawah, beliau terdengar bunyi detuman yang kuat.

Rupa-rupanya, perempuan itu dah terjun dan tidak sedarkan diri.. Tanpa melengahkan masa pak guard tersebut terus menelefon polis.. Wanita tersebut cedera dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya..

Menurut sumber, berdasarkan pemeriksaan doktor.. Ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa yang berkemungkinan mengesahkan mangsa dirogol..

Miss minta simpang sangat perkara begini dijauhkan daripada berlaku terhadap kita semua.. Tak dapat Miss nak bayangkan kalau benda macam ini terjadi.. Huhhuuhu.. - MissHana/Utaranews.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.