

Dua ADUN PAS Kedah berkemungkinan meninggalkan parti Islam itu dan menyertai parti AMANAH.
Laporan Free Malaysia Today yang memetik kenyataan Timbalan Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi, ia berdasarkan pendekatan dua pemimpin tersebut yang dilihat lebih menyokong perjuangan AMANAH dan berbeza pendapat dengan perjuangan PAS ketika ini.
ADUN yang dimaksudkan ialah ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dan juga ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah.
“Setakat ini hanya dua ADUN sahaja yang ada pemikiran dan latar belakang yang memungkinkan mereka menyertai AMANAH. Lebih-lebih lagi pendekatan dan gaya kepimpinan yang dibawa PAS tidak sesuai untuk golongan profesional seperti Datuk Amiruddin dan Mohd Nasir.
“Bagaimanapun, mereka masih lagi ahli PAS dan belum membuat sebarang keputusan rasmi menyertai AMANAH,” katanya kepada FMT.
Beliau juga tidak menolak keputusan dua pemimpin meninggalkan PAS pasti akan memberi kesan kepada PAS Kedah.
“Ini kerana Datuk Amiruddin dan Mohd Nasir antara pemimpin kanan parti dan memegang beberapa jawatan,” tambahnya lagi.
Khabar angin bertiup kencang khususnya selepas Amiruddin meletak jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah manakalah Mohd Nasir pula meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah.


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.