`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Monday, January 9, 2017

MENGHALAL YANG HARAM

1. Bolehkah duit yang didapati secara haram diguna untuk membiayai ibadah tertentu?
2. Kita semua maklum bahawa jika kita termakan makanan yang haram bagi orang Islam (daging babi umpamanya) maka kita tidak bersalah. Tetapi jika kita tahu makanan yang dihidang itu haram, kita makan juga, maka perbuatan kita itu salah disisi agama.
3. Demikian juga apabila kita tahu duit itu dicuri, tetapi kita terima duit itu untuk apa juga tujuan, maka perbuatan itu tentulah salah. Jika salah untuk perbuatan lain, tentulah salah juga untuk membiayai ibadat.
4. Hanya mereka yang bertujuan membodek orang tertentu sahaja yang akan halalkan wang yang dicuri oleh Kerajaan. Kalau menyatakan wang dicuri tidak boleh biayai ibadat haji adalah percubaan menjadi Tuhan, kenyataan itu menunjuk kekerdilan akal fikiran. Pangkat tidak boleh membetulkan pendapat yang salah. Pencuri berpangkat masih pencuri.
5. Duit yang dicuri masih duit haram. Ia tidak boleh dihalalkan dengan menggunanya untuk ibadat. Makanan yang haram tidak akan menjadi halal kerana dihidang selepas baca doa selamat, atau bertahlil.
6. Walaupun kita Bismillah, daging yang haram masih haram dimakan. Perbuatan yang dilarang, yang diharamkan tidak jadi halal kerana kita mula dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pengasih, lagi Yang Maha Penyayang. Kalau kita curi duit untuk membuat kerja haji, sesuatu ibadat yang kita wajib buat hanya jika kita mampu, atau untuk buat sunat umrah, apakah perlakuan kita itu ibadat atau tidak. Atau apakah ibadat kita boleh diterima jika kita terima duit yang dicuri orang lain. Tidakkah dakwaan kita mendorong pencurian kerana yang dicuri boleh dihalalkan dengan mengguna sebahagian atau semuanya untuk ibadat, termasuk ibadat haji.
7. Apakah hanya dengan dihalalkan oleh orang yang bergelar Mufti, maka yang haram itu menjadi halal.
8. Kalau nak terima duit curi untuk buat kerja haji, terimalah.
9. Saya tak akan terima walau apa pun tohmah dilempar kepada saya.

No comments:

Post a Comment