`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 10, 2017

Wanita dilarikan dalam Alphard, dibebaskan di lebuh raya Duke

Dia secara tiba-tiba ditarik oleh 3 lelaki tidak dikenali ke dalam sebuah kenderaan berwarna putih.
ammar-sigh
KUALA LUMPUR: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dilarikan 3 lelaki ketika sedang menunggu seseorang bagi urusan perniagaan di sebuah kafe di pusat membeli belah di Setapak, semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata ketika kejadian, wanita berusia 26 tahun itu sedang menunggu seorang lelaki dan secara tiba-tiba ditarik oleh ketiga-tiga lelaki tidak dikenali ke dalam sebuah kereta jenis Toyota Alphard berwarna putih pada 10.20 pagi.
“Kejadian itu disaksikan beberapa orang yang berada di tempat kejadian.
“Bagaimanapun, mangsa dibebaskan di satu kawasan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada pukul 5.30 petang setelah 2 telefon bimbitnya diambil suspek,” katanya dalam kenyataan.
Amar berkata mangsa mengalami kecederaan di ibu jari kaki kanan dan tangan kiri akibat bergelut semasa ditangkap suspek dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kenderaan yang digunakan suspek adalah kereta sewa.
“Usaha mengesan ketiga-tiga suspek sedang giat dijalankan,” katanya.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.