`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 17, 2017

Surat Terbuka Untuk KJ : Elaun IKBN Tak Masuk Lagi Sebab Kerajaan Tiada Duit - Apa Sudah Jadi?

Ke hadapan YB Khairy Jamaluddin. (Kerana IKBN dibawah seliaan KBS)

Elaun IKBN Belum Masuk, Kerana Kerajaan Tiada Wang, Pelajar Menjadi Mangsa.

Assalamualaikum tuan.... Saya baharu sahaja telefon IKBN Hulu Langat berkaitan elaun bulan Disember yang belum keluar untuk pelajar. Saya bercakap dengan Encik Hazwan Bahagian Kewangan. Saya dimaklumkan elaun pelajar untuk Disember tidak masuk lagi kerana kerajaan tiada peruntukkan, tunggu bulan April baru kemungkinan elaun kembali ada. Sehubungan itu saya berharap tuan dapat suarakan hal ini supaya ada feedback dari Kementerian Belia Dan Sukan. Bayangkan pelajar yang membuat latihan industri duduk rumah sewa, macam mana nak hidup? Begitu juga pelajar yang tinggal di asrama dan ibu bapanya jauh di negeri lain, bagaimana mereka nak beli peralatan peribadi? Lebih menyedihkan pelatih baru seluruh negara untuk IKBN juga tidak diambil pada tahun ini kerana kerajaan tiada peruntukkan. Apa yang menghairankan kerajaan kata ekonomi mampan, habis ke mana duit peruntukkan pelajar pergi? Sehubungan itu saya berharap tuan dapat menghebahkan permasalahan ini dan mendapat feedback dari khairy jamaluddin sendiri Terima kasih tuan.

Oleh : Pelajar IKBN yang tersepit dikala ekonomi negara yang tidak menentu, Najib bercuti bersama keluarga menggunakan pesawat kerajaan atas nama berhak ke atasnya. -amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.