`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 16, 2017

ANTI-ZAKIR NAIK ATAU ANTI-ISLAM?

DARI SUDUT LAIN
Penentangan terhadap kehadiran Dr Zakir Naik ke Malaysia bukanlah perkara baru. Sebelum ini beliau pernah dikecam Timbalan Setiausaha Agung DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai syaitan. Selain itu pejuang hak asasi manusia turut menggesa kerajaan Malaysia menghalau penceramah terkenal ini dari negara ini.
Kedatangan beliau kali ini sekali lagi ditentang oleh kumpulan yang mendakwa sebagai pejuang hak asasi manusia, yang sebelum ini pernah memperjuangkan pluralisme agama dan kebebasan seks (LGBT). Kumpulan yang sama juga pernah menyaman usul Rang Undang-undang (RUU) pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 atas alasan bercanggah dengan perlembagaan.
Selain itu, Dr Zakir Naik turut mendapat tentangan daripada persatuan Hindu Right Action Force (HINDRAF). Ketuanya, P Waytamoorthy bersama kumpulan berfahaman liberal termasuk peguam kontroversi Siti Zabedah Kasim telah menfailkan saman kepada kerajaan Malaysia kerana membenarkan Dr Zakir Naik memasuki Malaysia. Dakwaan mereka, kehadiran Dr Zakir boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara. Beliau dituduh menggalakkan keganasan dalam masyarakat. Tambah mereka, dia diharamkan masuk ke beberapa negara lain kerana disyaki bekerja dengan kumpulan pengganas. Sehubungan itu, mereka memohon mahkamah mengeluarkan perintah menghalang Zakir memasuki negara ini.
Baca:
Jika diteliti secara fakta, dakwaan ini telah dijawab oleh Dr Zakir. Beliau menafikan mempunyai kaitan dengan mana-mana gerakan pengganas. Video yang tersebar mengatakan beliau menyokong al-Qaeda juga sebenarnya telah dipalsukan. Beliau turut meminta segala isi ceramah dan programnya diteliti adakah benar beliau menganjurkan keganasan. Malah beliau bersedia untuk disiasat oleh mana-mana pihak termasuk pihak keselamatan Malaysia.
Baca:
Dalam beberapa siri ceramah Dr Zakir, beliau sentiasa berdakwah bahawa umat Islam tidak seharusnya mengancam sesiapa sahaja. Sesiapa yang membunuh orang, sama ada dia Islam atau bukan Islam, akan masuk neraka. Beliau turut menggesa orang Islam supaya bangkit menentang segala anasir yang boleh menjejaskan keharmonian sosial. Beliau turut menyatakan bahawa orang Islam yang melakukan keganasan adalah mereka yang salah faham terhadap ajaran Islam itu sendiri. Justeru Islam tidak boleh disalahkan dalam hal ini.
Jika semua dakwaan terhadap Dr Zakir ini sekadar tuduhan yang tidak berasas, maka kenapakah kumpulan ini begitu ekstrim menentang kehadiran Dr Zakir ke negara ini?
Jika diteliti latar belakang kumpulan yang memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia ini, mereka memang bermasalah dengan sebarang usaha yang berkait dengan Islam. Kumpulan pejuang hak asasi manusia yang diterajui Siti Zabedah Kasim sebelum ini menentang pemerkasaan Syariah Islam. Beliau tidak mahu pengaruh agama berkembang dalam negara ini kerana boleh menjejaskan perjuangan beliau menuntut hak persamaan gender, hak kebebasan seks dan pluralisme agama.
Kumpulan Hindraf pula pernah mencetuskan kontroversi dalam negara pada tahun 2007. Mereka telah menganjurkan satu demonstrasi besar-besaran di beberapa tempat sekitar ibu negara, dihadiri hampir 30,000 masyarakat Hindu. Demonstrasi tersebut bertujuan membela nasib agama Hindu di Malaysia, kononnya orang Islam telah menindas mereka. Namun keadaan bertukar ganas apabila mereka menyerang pihak keselamatan sehingga mengundang kecederaan. Mereka turut merosakkan harta awam termasuk kuil di Batu Caves.
Maka siapakah sebenarnya pengganas? Kenapa kumpulan ini dibiarkan bebas? Adakah mereka benar memperjuangkan hak asasi manusia, atau sebenarnya anti-Islam?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.