`




THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Thursday, March 30, 2017

AKTA 355 SEBAGAI USUL PERSENDIRIAN, ADAKAH AHLI2 PARLIMEN UMNO AKAN MEMBERI UNDI MEREKA?

Mungkin kerana malu mahu mengakui mereka sudah “dikencing” secara terang-terangan, beberapa pemimpin Pas yang pro Hadi Awang masih lagi menganggap tiada apa-apa yang berubah di sebalik pengumuman Najib Razak bahawa kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta 355 di Parlimen.
Kata mereka, usul itu kini kembali kepada asal iaitu akan dibentangkan sendiri oleh Hadi sebagai usul persendirian.
Ketua Dewan Ulama Pas, Dr Mahfodz Mohamed berkata, keputusan kerajaan enggan membentangkan usul itu memang sudah dijangka.
Kata beliau, Pas sudah melakukan sebaik mungkin untuk mencuba berkaitan usul itu dan kini akan meneruskan dengan rancangan asal di mana Hadi sebagai Ahli Parlimen Marang akan membentangkannya sendiri.
Ketua Penerangan Pas, Nasharuddin Tantawi berkata, keputusan kerajaan tidak mahu mengambil alih usul Akta 355 itu tidak menjejaskan apa-apa bagi pihak Pas.
“Situasinya adalah kekal pada formal asal. Sememangnya Ahli Parlimen Pas sejak awal diletakkan dalam ‘mode standby’ bagi menghadapi perbahasan di Parlimen.
“Tidak menjadi isu siapa yang membawa usul tersebut. Apa yang penting Akta 355 mesti dan berjaya dipinda,” katanya lagi.
Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz juga menjelaskan, penolakan kerajaan untuk membentangkan usul tersebut tidak menjejaskan Pas.
Kata beliau, langkah kerajaan untuk membentangkannya sebelum ini adalah urusan BN dan tiada kaitan dengan parti itu.
“Ia sekadar balik asal dan kembali kepada persediaan asal Pas,” tambahnya.
Benarkah Pas tidak terjejas dengan keputusan kerajaan itu?
Secara mudahnya, berikutan pengumuman Najib semalam, usul persendirian Hadi itu kini terserah kepada Speaker sama ada mahu memberi laluan atau tidak. Tetapi, mengikut kebiasaan, Speaker akan memberi laluan kepada usul kerajaan dihabiskan terlebih dahulu.
Oleh kerana sidang Parlimen hanya tinggal empat hari saja lagi, kebarangkalian untuk Speakar memberi laluan kepada usul persendirian Hadi teramat tipis sekali. Selain itu, usul kerajaan juga boleh diselitkan pada bila-bila masa untuk membuatkan usul persendirian Hadi terus tertinggal jauh di belakang.
Langkah kerajaan mengambil alih usul meminta Akta 355 daripada Pas sebelum ini adalah paling baik dan lebih memungkinkan ia diluluskan, seterusnya dapat dijadikan undang-undang jika benar kerajaan mahu ia dilaksanakan.
Ini kerana kerajaan mempunyai majoriti wakil dalam Parlimen iaitu 134 orang dan ditambah dengan Ahli Parlimen Pas seramai 14 orang, jumlahnya akan menjadi 148 daripada keseluruhan 222 Ahli Parlimen.
Namun demikian, Najib gagal meyakinkan komponen BN untuk menyokong pembentangan usul itu meskipun beliau dan Zahid Hamidi sudah sekian lama mengumumkan langkah mengambil alihnya daripada Pas demi memartabatkan perundangan Islam.
Kegagalan mencapai konsensus dalam BN itu dengan sendirinya menunjukkan kelemahan Najib dalam mengawal dan membuatkan semua komponen tunduk kepadanya. Najib mungkin akan terus tidak dihormati dan diveto lagi dalam banyak perkara selepas ini.
Menyerahkan usul Akta 355 kembali kepada Pas, bukan saja terpaksa bergantung kepada budi bicara Speaker, malah lebih sukar ialah untuk mendapatkan undi daripada penyokong kerajaan sendiri, terutamanya UMNO yang ada 88 kerusi Parlimen.
Dalam hal ini, jika Hadi diberi laluan melakukan pembentangannya, undi yang sepatutnya beliau harap dan tagih ialah daripada blok kerajaan yang sudah pun sedia mempunyai majoriti. Blok pembangkang hanyalah minoriti iaitu 74 undi saja, lagi pun Ahli-Ahli Parlimen pembangkang sudah lama dijauhi oleh Pas dan Hadi.
Persoalannya, sediakah Najib dan semua Ahli Parlimen UMNO memberi undi kepada usul persendirian Hadi itu nanti sedangkan MCA, MIC dan Gerakan awal-awal lagi tidak berubah dengan ugutan akan meletakkan jawatan jika usul itu diluluskan?
Jika untuk mendapatkan kebenaran mengambil alih dan membentang usul pun, Najib perlu mendapat restu daripada komponen BN terlebih dahulu dan beliau kemudiian gagal memperolehi konsensus, tidakkah untuk memberi undi juga Najib perlu sekali lagi merujuk kepada MCA, MIC dan Gerakan?
Kiranya untuk mengambil alih usul saja parti-parti komponen BN sudah pun menolaknya, apakah mungkin mereka akan memberi kebenaran untuk usul tersebut diundi oleh Ahli-Ahli Parlimen UMNO, termasuk Najib dan Zahid Hamidi?
Itu pun kalau usul itu diberi laluan oleh Speaker untuk dibentangkan. Untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya kecelaruan dan perpecahan sesama komponen BN, Najib juga tentunya boleh membisikkan kepada Speaker agar usul persendirian Hadi itu terus didiamkan selama-lamanya.
Jadi, di mana yang pemimpin Pas kata keengganan kerajaan mengambil alih usul Akta 355 itu tidak menjejaskan apa-apa kepada mereka dan yang berbeza hanya ia kini kembali kepada asal dengan dibentangkan oleh Hadi sendiri sebagai usul persendirian?
http://shahbudindotcom.blogspot.my

1 comment:

  1. SALAM KENAL SEMUA...
    CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASAH!!!
    Saya Sangat BerTerima kasih Atas Bantuan Angka Ritual Mbah SOLEH SUBANG…Angka Mbah Soleh Subang Benar2 Tembus 100%…Sya udah kemana-mana mencari angka yang mantap selalu gak ada hasilnya…sampai- sampai hutang malah menumpuk…tanpa sengaja seorang teman lagi cari nomor jitu di internet…Kok ketemu alamat MBAH SOLEH SUBANG..Saya coba beli paket 2D ternyata Benar TEMBUS dan akhirnya saya pun membeli paket 4D…Bagai di sambar Petir...Ternyata Angka Ritual Ghoib MBAH SOLEH SUBANG Memang Benar2 Jitu,Saya Menang 4D…Baru kali ini saya mendapat angka ritual yang benar-benar Mantap…Bagi saudara/saudari yang ingin merubah nasib anda seperti saya…Anda bisa CALL/SMS di no: MBAH SOLEH SUBANG 082,322,102,730.(Buktikan Aja Sendiri)
    ...SEKALI LAGI SAYA SANGAT BERTERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH SOLEH SUBANG....
    Demikian Kisah Nyata Dari Saya Sekeluarga...
    Ingat Kesempatan Tidak Akan Datang Yg Ke-2x Nya!!!
    ..=>MBAH SOLEH SUBANG<=...
    NO TELEPHONE CALL/SMS: 082322102730 Atau klik di sini
    PASTI ANDA TIDAK AKAN KECEWA

    ReplyDelete