`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, March 21, 2017

Beli rumah deposit RM1, nantikan ‘kejutan’ Sultan Johor

Ia akan diumumkan esok, dan bakal memaksa pemaju swasta menurunkan harga rumah.
sultan-johor
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bakal mengumumkan “hadiah istimewa” berbentuk skim perumahan mampu milik kepada rakyat di negeri ini sempena Hari Keputeraan yang disambut Khamis ini.
Sultan Ibrahim bertitah skim itu yang berstatuskan hak milik bebas adalah yang pertama seumpamanya dan bakal dibangunkan di Bandar Dato Onn di sini di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim.
Ia turut mendapat kerjasama daripada Bank Rakyat dan menawar konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai dan lain-lain unit komersil.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai projek itu tidak didedahkan dan Sultan Johor meminta rakyat hadir sendiri ke Galleria Kota Raya di sini, Rabu ini bagi menyaksikan pelancaran projek.
“Ia dibuka kepada semua bangsa Johor yang layak. Akan tetapi, proses pemilihan adalah amat ketat dan teliti.
“Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1 sebagai deposit dan mereka akan ditawarkan pinjaman penuh dengan skim pembayaran semula yang mudah,” menurut Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Media Diraja Johor.
Menurutnya lagi, menjadi hasrat baginda untuk melihat Bangsa Johor menjadi sebuah komuniti yang memiliki rumah dengan memastikan skim ini benar-benar mampu dimiliki, murah dan berkualiti tinggi.
Sultan Johor juga sempat membayangkan bagaimana rakyat boleh memiliki sebuah banglo 3 bilik atau rumah berkembar dengan harga bawah RM100,000 seunit.
Dalam pada itu, baginda menjangkakan projek itu mampu membuat “kejutan” dalam industri perumahan tempatan, sekali gus memaksa pemaju swasta menurunkan harga rumah.
“Kita mesti memastikan rumah mampu dimiliki oleh semua. Harga sekarang adalah di luar jangkauan mereka yang berpendapatan sederhana.” -FMT

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.