`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, March 15, 2017

Beratur atau masuk akaun? Wakil rakyat gaduh fasal BR1M

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata keputusan kaedah pengagihan BR1M diputuskan menerusi mesyuarat Kabinet, bukan keputusan “bawah pokok”.
DEWAN RAKYAT
parliment_br1m_600
KUALA LUMPUR: Beberapa ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bertikam lidah di Dewan Rakyat hari ini berhubung isu rakyat yang perlu beratur bagi mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Ia bermula apabila Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN – Baling) menyindir Ngeh Koo Ham (DAP – Beruas) kerana mempersoalkan keputusan kerajaan berhubung cara pengagihan terbaru BR1M ketika berbahas sebelum sidang rehat tengah hari.
“Mula-mula (pembangkang) kata BR1M rasuah, tetapi tadi Beruas cakap masukkan terus ke dalam akaun. Ini maknanya terima (program BR1M).
“Sebab jika bagi terus ke akaun, orang tidak tahu…mereka akan cakap dalam ceramah ‘kami bagi duit bantu rakyat’,” katanya.
“BR1M duit siapa? Duit rakyat atau Umno?” soal Nga Kor Ming (DAP – Taiping).
Azeez kemudian meneruskan perbahasannya berkaitan harga getah, namun sekali lagi mengundang sorakan ahli Parlimen apabila menyentuh soal BR1M. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.