`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!
Image result for istiadat pertabalan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15

Saturday, March 18, 2017

Hj Hadi ini memang tak boleh dipakai langsung kerana sering berubah-ubah.


 Begitu jelas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan hasrat Pas untuk menguasai 5 negeri iaitu Trengganu, Kelantan, Kedah,  Perak dan Selangor dan selebihnya kepada Umno pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Tetapi tiba-tiba dia menafikannya pula.

 Kata Abdul Hadi apa yang menjadi keutamaan partinya ialah memenangi 40 kerusi parlimen yang akan ditandingi nanti.

  “Saya tak pernah buat kenyataan macam tu. Kita tak nampak (tak boleh tahu) masa depan. Sepuluh negeri ke, tiga negeri ke, satu negeri ke, itu keputusan PRU," kataya di Cyberjaya hari ini. Baca lagi di sini
  Sila kalian amati sendiri kenyataan Hj Hadi melalui VDO berikut dan transkrip nya adalah seperti berikut:


 Kita mahu perubahan. Dalam perubahan ini Pas mahu jadi parti yg kuat, parti yang gagah. Pas mahu terus menang di Kelantan, ambil balik Trengganu, menang di Kedah, menang di Selangor. Pas saja yang menang! Dan perlu memimpin Perak. Ini sangat penting.

 Saya meletakan dlm kenyataan saya di Kedah, seboleh-bolehnya kita letak 40 kerusi parlimen. 40 kerusi parlimen Pas, kita boleh menentukan politik Malaysia, sehingga mana-mana parti tidak boleh tubuh kerajaan melainkan jemput Pas.

 Kita menyaksikan betapa kedudukan kita pada hari ini, semua orang mahukan kita. Umno mahukan kita, yang belah ni pun mahukan kita. Semua berebut kita.

 Dan kita kena sedar kedudukan kita. Jangan kita terikut-ikut dengan kemahuan orang.

 Tak usah sebutlah – Mampus Umno! Mati Umno! Jangan sebut perkataan itu. Hentikan. Hentikan ketegangan.

 Sekarang dia (Umno) nak balik kepada undang-undang 355. Nak kuat 355, kena Pas. Dengan sebab itu bagi Trengganu, bagi Kelantan, bagi Kedah, bagi Perak bagi Selangor biar Pas memimpin.

 Negeri lain Umno nak lagi, biarkan ke dia. Kalau boleh nak habis… nak telan habis, tapi mulut kita luas mana nak telan habis!

 Kita kena ukur dgn saiz kita sendiri. Kita memerlukan satu kerjasama untuk mengekalkan kuasa politik kita. Ini sangat penting, kita kena sedar. Ini budaya politik matang dan sejahtera yang kita lakukan pada hari ini.
 Tidak tahu sebab apa Hj Hadi cuba menafikan cakap-cakap besarnya itu. Apakah dia cuba memperbodohkan kita semua atau dia sengaja mahu menonjolkan kebodohannya sendiri kepada kita?

 Namun apa yang jelas kepada kita semua bahawa Hj Hadi ini sebagai seorang figura politik yang sangat cuai. Dia tidak sepatutnya mendedahkannya secara terbuka kepada umum. Mungkin sebab Hj Hadi ini terlalu ghairah mahu menyakinkan pentaksubnya bahawa Pas ini sangat kuat!

 Apa yang jelas terbukti kepada kiata semua, bahawa cakap-cakap Hj Hadi ini memang tak boleh dipakai langsung kerana sering berubah-ubah.

 Hari ini dia kata puteh, esok pula dia akan kata hitam. Dia suruh pentaksubnya supaya istiqamah, tapi dia sendiri tidak istiqamah dengan kata-katanya.

No comments:

Post a Comment