`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, March 15, 2017

MENJELANG RUU 355 MAHKAMAH SYARIAH KELANTAN DISOAL TAK HUKUM PEMIMPIN PAS ENGKAR BAIAH

HADI BERSUBHAT DENGAN UMNO NAK TUTUP KEMUNGKARANNYA
Seorang penyokong PAS yang terkejut dengan desakan saya supaya Presiden Pas Haji Hadi pelopori jalani hukuman sebat,telah menuduh saya rosak akidah tetapi reaksi ramai mewajarkan hukuman itu kerana Mahkamah Syariah Kelantan yang mempunyai kuasa pun tidak menjalankan hukuman baiah keatas ahlinya sebaliknya disepikan sahaja hingga ke hari ini.
Bukan kerana itu sahaja mereka mahu Haji Hadi disebat tetapi juga kerana mencemarkan pendirian Islam Pas yang berubah-ubah dari perjuangan Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan kemudian sekarang mahu melindungi kegagalannya dengan pindaan Akta 355.Bacalah komen-komen di bawah ini dan juga di bawah tajuk posting terdahulu ” SEBAT DULU HAJI HADI 100 ROTAN………..”
MEMBEKUKAN AKAL FIKIRAN WARAS
Nick Bagan15 March 2017 at 05:00
Janganlah ketaksuban pada tokoh tertentu mengkaburkan pandangan mata serta membekukan akal fikiran waras kita. Berpuluh-puluh tahun mengkafirkan golongan tertentu hingga memecahbelahkan masyarakat, keluarga dan mencemarkan kemuliaan mimbar masjid2 dengan mengadakan solat berjemaah 2 imam. Kenapakah tiba2 saja “mereka” boleh pula berpakaian sedondon berpegangan tangan kononnya demi bangsa dan agama.??? Apakah akal fikiran yang waras yang diberikan kepada kita tidak dapat memikirkan ‘eh..eh.. apa dah jadi ni..?
Apakah amanat yang ditinggalkan oleh Lukman Hakim kepada anaknya? Apakah yang dipesan oleh Allah SWT kepada nabi Muhamad supaya manusia serta umatnya tidak tergolong dalam golongan yang kerugian?
Berkata Lukman Hakim…”Wahai anak-anak ku. Janganlah kamu membuat itu ini…”. Allah berfirman “Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali…..”.
Kalau di dalam Al-Quran kesemua itu disebut sebagai ‘berpesan, berpesan pesan dengan kesabaran’. Di zaman ini ia perlulah difahami sebagai pendidikan, mendidik dan memberi tunjuk ajar akan baik dan buruk sesuatu perkara itu ‘dengan kesabaran’ yang membawa erti dengan penuh kelembutan dan keikhlasan. Ayat2 itu tidaklah menganjurkan kita membuat pesanan atau pendidikan secara kekerasan dengan meningkatkan hukuman bermatlamat menakutkan.
Jika benar hukuman keras yang menakutkan dapat membentuk akhlak manusia mejadi lebih baik maka tak perlulah lagi diadakan segala polis, tentera dan juga penjara didunia ini. Bukankah disetiap negara ada undang-undangnya sendiri tetapi apakah hasilnya..?
RUU355 ini bukanlah penyelesaian atau penawar kepada keruntuhan akhlak orang Islam di Malaysia. Mereka yang memperjuangkan akta ini pun tahu kebenarannya tetapi RUU355 ini hanyalah satu lagi produk yang berteraskan agama yang dicipta untuk diraih keuntungannya seperti juga produk kismis doa dan air minuman yang diperkuatkan dengan bacaan 30 juz Al-Quran.
Sekali lagi, janganlah ketabsuban kepada tokoh tertentu membekukan akal fikiran kita. RUU355 ini hanyalah satu modal politik demi survival mereka ( PAS & ditumpangi oleh UMNO ) dalam menghadapi PRU14 tidak lama lagi. Dipergunakan untuk mengalihkan perhatian orang Melayu & Islam daripada perkara lain yang lebih penting lagi demi masa depan negara ini. Tidak lebih dari itu, kerana itulah “mereka” boleh melupakan soal amanat yang mengkafirkan dahulu dan bergandingan tangan hari ini. Modal mereka adalah memanipulasikan ketabsuban pengikut mereka dengan RUU355 sebagai modal serta sedikit dedak sebagai pengerasnya… .
BAIAH PAS BUKAN CALANG -CALANG
Anonymous15 March 2017 at 01:05
Hukum Islam ada 3 ia-itu Hudud,Qisas dan Takzir. Hukum Baiah boleh diketogerikan ke dalam hukum takzir. Bekas pemimpin PAS yang telah engkar pada Baiah itu boleh disabitkan ke Mahkamah Syariah Kelantan. Baiah yang dibuat oleh pemimpin PAS itu bukan calang-calang Baiah kerana disusun sedemikian rupa agar para pemimpinnya tidak melompat ke parti lain.
Baiah itu mempunyai hitam putih (surat akuan sumpah ) bertanda tangan dan setiap calun pemimpin membacanya secara bersumpah dengan nama Allah didepan beberapa saksi. Maka terjadilah hukum syariat bersabit dengan hukum Islam. Jumudnya pemikiran sesaorang itu jika dia tak nampak bahawa apa yang dimeterai dalam Baiah itu telah menjadi hukum Allah. Apa dia? Ia-itu cerai takliq talak 3 dan hasil pendapatan yang didapati menjadi Haram dimakan.
Semasa kontrovesi ini panas kerana menjadi buah mulut masyarakat Islam Malaysia yang tertanya-tanya; sama ada benar atau tidak;Baiah itu wujud atau tidak,akhirnya isu itu ditelan oleh masa.Muncul pula RUU 355 siap dengan berdemo lagi dan hal ini menjadi polimik masyarakat Islam terhadap orang-orang yang tidak menyokongnya diberi satu gelaran. Memberi gelaran ini sudah menjadi resam para perjuang PAS.Mengelar-gelar manusia lain sebenarnya memperlihat sikap jumud yang ada dalam diri sendiri. Sila lihat dan dengar sendiri masalah Baiah terungkai dengan sendirinya;benar hal itu wujud,apabila hal ini didedahkan di DUN Kelantan yang bersidang. Sila rujuk pada You Tube: Pertikaian Baiah Calon dan Pemecatan Husam dari PAS.
Kesimpulannya,kesemua yang engkar boleh bersabit ke Makamah Syariah Kelantan dibawah hukum takzir.Perjuangan PAS sinonim dengan perjuangan menegakkan hukum Islam tapi apa yang berlaku,hukum Islam yang diwujudkan,hukum Islam itu jugak yang mereka engkar.Para pemimpin PAS membiarkan kemungkaran itu berlaku.Maka benarlah pemikiran mereka ini jumud.Sendiri buat sendiri engkar!!! Parti Antam Saje (PAS).
ReplyDelete
PAS BERBAIK DENGAN REGIM KLEPETOCRACY CEMARKAN ISLAM
RD.14 March 2017 at 23:44
Amat bernas sekali pandangan Saudara MOHD NASIR BUKIT TINGGI. Terima Kasih.
Memang benar, sikap dan pegangan PAS berubah-rubah. Dulu nak buat ‘Negara Islam’. Bila berkawan dengan DAP, mereka ubah jadi ‘Negara Kebajikan’. Bila menjadi semakin lemah akibat berpecah kepada Amanah, boleh pula berbaik-baik dengan UMNO-Najib yang dicop sebagai Kleptocracy.
Pada saya PAS lebih banyak mencemar kemuliaan Islam apabila berbaik-baik dengan UMNO-Najib. Oleh kerana PAS mengunakan wajah Islam untuk berpolitik, masyarakat bukan-Islam akan memandang serong pada Agama kita jika PAS berbaik-baik dengan regim Klepetocracy.
Saya setuju dengan pandangan TS Zam bahawa Haji Hadi yang sepatutnya disebat kerana mengkafirkan UMNO dahulu.
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.