`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, March 15, 2017

Mufti – manusia biasa yang buat kesilapan

Pelbagai kenyataan dan pendirian beberapa mufti di Malaysia hanya menunjukkan mereka hanyalah manusia biasa melakukan kesilapan, dan tidak sepatutnya terlepas daripada kritikan.
KOMEN
islam_ustaz
Di Malaysia, Islam diletakkan di bawah suatu sistem yang amat kuat hierarkinya. Tiap-tiap hierarki mempunyai tahap, dan di tahap paling tinggi hierarki itu ialah mufti.
Tiap-tiap negeri mempunyai muftinya dan mereka inilah ketua dalam mengeluarkan fatwa atau pendapat untuk negeri masing-masing.
Bila difikirkan kedudukan tinggi ini, kita dapat memahami pengaruh mereka ke atas umat Islam di Malaysia.
Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, pengaruh ini mula dipersoalkan disebabkan beberapa fatwa. Ini menyedihkan, kerana mufti sepatutnya orang yang berwibawa and dihormati.
Al-Quran untuk si mati
Baru-baru ini saya terbaca Mufti Negri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata tidak salah sesorang mengambil upah membacakan Al-Quran kepada orang yang meninggal.
Beliau membezakan amalan itu daripada khidmat lucu valet doa yang teruk dicemuh masyarakat. Baginya, membaca Al-Quran untuk si mati tidak melibatkan kemakbulan doa! Namun begitu, beliau juga berkata lebih afdal ahli keluarga sendiri membaca Al-Quran.
Amalan membaca Al-Quran untuk si mati bukan universal di kalangan umat Islam.
Di Arab Saudi, tiada langsung.
Perlu ditanya, apakah sebab membaca Al-Quran untuk si mati? Allah berfirman yang si mati tidak boleh mendengar (Surah Yunus, Ayat 42). Dia juga tidak menikmati sebarang pahala kerana pintu amalannya tertutup.
Kalau dikatakan pembacaan itu untuk yang hidup pun, berapa orang di kalangan kita memahami bahasa klasik Al-Quran? Mufti NS itu sepatutnya menentang amalan ini.
Keliru ‘harb’ dan ‘jihad’
Tahun lepas, hubungan kaum diancam selepas Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menyifatkan mereka yang menentang usaha memperkasa mahkamah syariah adalah “kafir harbi” yang wajib diperangi.
Beliau kemudian mengatakan yang perang itu tidak semestinya yang melibatkan pertumpahan darah.
Sekali lagi, timbul tanda tanya. Frasa “kafir harbi” melibatkan perkataan “harb” iaitu perang. Ini tidak sama dengan perkataan “jihad” iaitu bertungkus lumus.
Dalam tradisi ilmu Islam, lawan kepada “kafir harbi” ialah “kafir dhimmi” iaitu bukan Islam yang tinggal dengan aman damai dalam negara Islam.
Kesalahan Abdul Rahman hanyalah teknikal. Kesalahan yang lebih besar ialah Malaysia bukan “dawlah islamiyyah”, dan oleh itu beliau tidak berhak memutuskan apa-apa ke atas orang bukan Islam.
Masalah dengan mufti ialah mereka tersangkut dengan tradisi Islam lampau. Mereka perlu mengemaskinikan fahaman mereka.
Mufti yang paling banyak mengundang kontroversi ialah Tan Sri Harussani Zakaria, mufti Perak.
Daripada dakwaan orang Melayu murtad beramai-ramai hinggalah mengharamkan baju Manchester United kerana “Red Devils” dikatakan pemujaan syaitan, mufti Perak paling banyak muncul dalam media.
Mufti dan wanita
Mungkin kenyataan Harussani yang paling kontroversi ialah berkenaan isu rogol dalam perkahwinan. Menurutnya, mengikut hadis nabi, seorang wanita sepatutnya melayan kemahuan seks suaminya walaupun di atas unta!
Pendapat sebegini amatlah menghairankan.
Surah Ar-Rum, ayat 21, memberitahu kita yang hubungan di antara pasangan sepatutnya membawa sakinah iaitu kedamaian. Pasangan sepatutnya mempunyai perasaan kasih sayang sesama sendiri (muwaddah) dan perasaan mengasihani (rahmah).
Dalam satu ayat sahaja, Allah menidakkan pendapat seperti yang diutarakan Harussani! Bagaimana suami isteri boleh menikmati kebahagiaan jika suami memaksa dirinya ke atas isteri!
Lalu kita berdepan satu lagi masalah para mufti, iaitu sikap mereka terhadap wanita.
Beberapa tahun yang lalu, fatwa di Selangor mengatakan kumpulan seperti Sisters in Islam (SIS) dan fahaman “Islam liberal” adalah haram dan sesat. Mufti ketika itu ialah Datuk Tamyes Abdul Wahid.
Elok dinilai fatwa bersebut. SIS sendiri tidak mengatakan mereka itu “Islam liberal”, ini hanya tohmahan. Lebih daripada itu, SIS tidak setuju hanya dengan pendapat ulama tanpa sandaran Al-Quran dan hadis.
Apakah sebab rasional untuk mengharamkan mereka? Mungkin hanya kerana SIS kian meningkat dari segi sokongan masyarakat kerana mereka memperjuangkan hak wanita Islam yang ditindas.
Inilah yang menjadi masalah kepada beberapa puak Islam di Malaysia. Mereka menggunakan kuasa untuk kepentingan tertentu.
Bagaimana pula Mufti Perlis, Datuk Asri Zainul Abidin? Sememangnya Asri lebih progresif dan terbuka daripada mufti lain, tetapi saya terkilan dengan orang yang menjadi kawannya.
Beberapa hari lalu, beliau bertanya apa kesalahan Dr Zakir Naik yang dikecam beberapa pihak.
Saya tidak tahu mengapa Asri tidak nampak kesalahan Zakir. Umpamanya, cara dia menjadikan upacara masuk Islam sebagai upacara penuh “glamour”.
Bagaimana pula perasaan keluarga si mualaf itu yang diaibkan ucapara itu? Mereka pun mempunyai perasaan. Apakah Asri menyokong Zakir kerana mereka mempunyai kefahaman yang sama?
Mufti adalah manusia yang tak lepas daripada kesilapan. Umat Islam perlulah lebih kritikal dan menyuarakan pendapat mereka apabila mereka tidak puas hati.
Kita Islam kerana Allah, bukan kerana manusia mana-mana pun. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.