`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Thursday, March 16, 2017

THE KEDAH REPORT: HOW DID AN UMNO DIVISION CHIEF END UP WITH STUNNING DEBTS OF RM48MIL?

Ketua Umno Bahagian Merbok hutang RM48 juta.

Gagal Bayar Hutang RM48juta , Exco Kedah Bakal Diheret Ke Mahkamah ?

Ketua Umno Bahagian Merbok yang juga Adun Tanjung Dawai merangkap Exco Kerajaan Negeri Kedah Dato Tajul Urus Mat Zain dikhabarkan akan didakwa dimahkamah atas tuntutan hutang lebih RM48 juta dari Bank Pembangunan.
Melalui syarikat Kalansa Energy Corp, Re Power Gen & Tajul Urus Mat Zain telah meminjam sebanyak RM36juta dari Bank Pembangunan untuk mendirikan sebuah kilang Biomass di Beluran Sabah.
Tajul yang terkenal dengan pelbagai isu di Kedah mempunyai 700 ribu serta 300 ribu syer saham dan kedua-dua syarikat tersebut.
 Dalam surat tuntutan tersebut, syarikat Tajul dikatakan GAGAL menjelaskan hutang termasuk faedah sebanyak RM48.6 juta.
Sebagai Adun dan Exco Kerajaan negeri, isu ini amat berat kerana sebagai pemimpin kerajaan negeri beliau sepatutnya tidak terlibat dengan perniagaan-perniagaan seperti ini yang bukan saja boleh membawa kesan negatif pada kerajaan malah Parti yang beliau wakili sendiri.
Syarikat itu ditubuhkan sebelum beliau menjadi Wakil Rakyat. Jika sebuah syarikat pun Tajul GAGAL untuk mentadbir bagaimana beliau mahu mentadbir kerajaan negeri Kedah.
Sebelum ini pelbagai isu telah didedahkan seperti sewaktu beliau menjawat jawatan Ketua Pegawai Esekutif KCB, Kedah Corp Bhd (KCB) terpalit dengan isu kerugian Projek 99East Langkawi sebanyak RM50 juta.
Boros
Sikap boros Tajul dapat dilihat dengan membeli no pendaftaran mewah , kenderaan mewah , rumah dan pelbagai lagi.
Tajul dikatakan Samseng   
Laporan Polis terhadap Tajul pernah dibuat oleh Ahli Parlimen Merbok Prof Ismail Bin Daud.
Laporan tersebut untuk keselamatan diri dan keluarganya. Laporan polis seperti di bawah
Baru-baru ini viral di media sosial mengenai calon BN Kedah PRU14 dan dikhabarkan Tajul tidak akan dikekalkan sebagai wakil rakyat.
Senarai itu boleh dikatakan ada asasnya kerana beberapa nama yang tidak dikekalkan terpalit dengan palbagai isu seperti Tajul sendiri yang sedang bergelut dengan hutang lebih RM48juta.
http://thekedahreport.blogspot.my/
http://steadyaku-steadyaku-husseinhamid.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment