`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Wednesday, March 15, 2017

Wanita Malaysia tangga ke 7 dunia paling ramai lawat laman lucah guna telefon pintar

WANITA Malaysia dilaporkan berada di tangga ketujuh dunia sebagai paling ramai menggunakan telefon pintar untuk melayari laman web lucah. Fakta itu diperolehi berdasarkan laporan sebuah laman web lucah Pornhub dipetik oleh The Star.


Berdasarkan laporan tersebut yang diterbitkan pada bulan Mac, 84 peratus wanita Malaysia yang Melawati laman lucah Pornhub, melayarinya menggunakan telefon bimbit.

Berdasarkan rekod di seluruh dunia, wanita Afrika Selatan paling ramai menggunakan telefon bimbit untuk menonton laman web lucah. Amerika Syarikat pula berada di tangga kedua sebanyak 89 peratus wanita manakala berita di tempat ketiga dengan 86 peratus.

Dalam masa yang sama hanya 66 peratus lelaki di Malaysia dilaporkan melayari laman web lucah menggunakan telefon pintar.

Hanya dua negara lain dari Asia Tenggara yang disenaraikan dalam laporan tersebut di mana Indonesia berada di belakang Malaysia di tempat ke-11 dengan 80 peratus wanita negara itu menggunakan telefon pintar untuk melayari laman lucah diikuti oleh Thailand di tempat ke-13 dengan peratusan 79.

Antara lain laporan itu mendedahkan bahawa wanita Thailand 38 peratus lebih gemar menggunakan telefon bimbit untuk melayari laman lucah berbanding lelaki.

Laman web Pornhub dipercayai dapat mengenal pasti pengguna-pengguna wanita berdasarkan data demografi daripada perkhidmatan Google Analytics.

"Ketika ini sebanyak kira-kira 72 peratus pengguna yang melayari laman web Pornhub menggunakan telefon pintar. Secara perbandingan pengguna telefon pintar lebih tinggi di kalangan wanita berbanding lelaki," dakwa laporan tersebut.

"Setakat bulan Februari 2017 hampir 80 peratus pelawat wanita daripada telefon pintar berbanding hanya kira-kira 69 peratus lelaki," 

Di kalangan pengguna wanita, 71 peratus menggunakan telefon pintar, 8 peratus tablet, dan 21 peratus daripada komputer meja (desktop).

Laporan itu turut mendedahkan bahawa wanita 34 peratus lebih kurang kebarangkaliannya untuk menggunakan desktop berbanding lelaki.

Selain itu, hasil pemerhatian data tersebut juga mendapati sebahagian besar pengguna telefon pintar wanita yang melayari laman web tersebut adalah terdiri daripada golongan milinium yang berumur di antara 18 hingga 34 tahun. Sementara pengguna telefon pintar dilihat semakin menurun dengan peningkatan umur.


-milosuam

No comments:

Post a Comment