`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, March 7, 2017

DEWAN "ULAMA" PAS BERIKRAR AKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU SEHARI SECARA BERJEMAAH DI MASJID UNTUK ENAM BULAN

Yang berikut ini adalah tulisan Dato Khairuddin Abu Hassan, khusus ditujukan kepada Dewan Ulama PAS.  (Gambar untuk hiasan sahaja.)



KALAU KETUA ULAMA PAS KATA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD JANGAN CAMPURI POLITIK MAKA PAS PATUT DIBUBARKAN SEBAGAI PARTI POLITIK

Saya ingin sarankan kepada ketua dewan ulama Pas agar bubar parti tersebut secara kadar segera dan suruh semua pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli Pas hanya tumpu pergi ke masjid beribadah saja!!




Pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli Pas pun mesti berhenti berpolitik. Mereka juga mesti tumpu beribadah sepertimana yang disarankan kepada tun dr mahathir mohamad.

Cakap mesti serupa bikin!! Jangan tun dr mahathir mohamad tak boleh berpolitik dan kena beribadah saja tetapi pemimpin-pemimpin Pas pulak boleh berpolitik, terima dedak serta main politik caca-merba!!



 
Ini masalah dengan pemimpin-pemimpin Pas; mereka boleh buat apa saja tapi orang lain tak boleh!! Orang lain kena beribadah saja 24 jam dan tak boleh berpolitik tetapi mereka 'ok' saja!!

Tun Dr Maharhir Mohamad sedang memikul tanggungjawab sebagai satu fardhu kifayah untuk menentang kemungkaran perdana menteri paling korup yang sedang memimpin kerajaan kleptokrasi.

Kalau kita tak lawan untuk tumbangkan kerajaan kleptokrasi seluruh bangsa serta negara kita akan tumbang dalam sedikit masa lagi.




 
Pemimpin-pemimpin Pas sedar tak malapetaka yang bakal menimpa kita?!

Di saat Tun Dr Mahathir Mohamad lawan kemungkaran kerajaan kleptokrasi; kenapa pemimpin-pemimpin Pas pula begitu akrab dan nak bersubahat dengan pelbagai bentuk salahlaku yang bercanggah dengan hukum-hakam agama?!

Kalau Pas lawan habis-habisan kes skandal 1mdb, rasuah, penyelewengan, ketirisan, salahguna kuasa serta kerosakkan institusi-institusi kerajaan; saya yakin ramai orang boleh berehat dari arena politik.

 
 

Saya sendiri pun akan tarik diri dari berpolitik kalau Pas ikhlas berjuang. Malangnya Pas tidak berjuang secara jujur dan ikhlas!!

Pas merapu serta merepek dan tak boleh diharap!!

Kalau Pas pun tak betul serta tak boleh diharap macamana orang lain nak tarik diri dari memikul tanggungjawab fardhu kifayah kearah untuk selamatkan negara kita?!

Ikhlas dari;

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
7 Mac 2017




My comments :  Kita bagi senang kira sajalah.  Why not Dewan Habar Pas (depa bukan ulama, depa sebenarnya habar)  berikrar bahawa untuk ENAM BULAN SAHAJA mereka akan tunaikan setiap waktu sembahyang - lima waktu  sehari - secara berjemaah di mana-mana masjid yang paling berdekatan?

Pernah ke semua ahli PAS melihat ketua-ketua parti termasuk Hadi Awang, Dewan "Ulama,  Dewan Muslimah, AJK Pemuda PAS  sembahyang lima waktu sehari pada setiap hari tanpa putus secara berjemaah di masjid?

Maybe bila ada muktamar, ada program, ada retreat, ada perjumpaan mereka akan berebut berdiri di saf depan di masjid - masjid.

Tetapi pada hari yang lain, pernah tak sesiapa melihat saf kepimpinan PAS hadhir sembahyang lima waktu   sehari berjemaah di masjid, bagi setiap hari?

I DONT THINK SO. MESTI ADA BANYAK HARI MEREKA MIA (missing in action).

Jadi saya cadangkan untuk saf pimpinan Dewan Ulama PAS sahaja (yang lain tu kita 'kasi can' lah) bahawa mereka berikrar dan beri jaminan bahawa untuk ENAM BULAN YANG AKAN DATANG TANPA PUTUS mereka akan tunaikan SETIAP WAKTU DARIPADA LIMA WAKTU SEMBAHYANG SECARA BERJEMAAH DI MASJID.

Apa macam? 
Boleh ke tak boleh?
Boleh bikin atau tak boleh bikin?

Kalau nak cakap besar, jangan cakap tak boleh.
Jangan cakap kosong saja, jual air liur.
Mesti buat dulu. 
Rakam dengan I Fone 
Kemudian upload dalam Facebook.

Apa macam?
Boleh ke tak boleh?
Boleh bikin atau tak boleh bikin?



 : 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.