`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 17, 2017

DIA BEBAS PERGI KE MERATA KAWASAN, KENAPA ORANG LAIN TAK BOLEH DATANG KE BAGAN DATUK? STAIL POLITIK APA INI?

PUTRAJAYA, 15 Jun -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap menutup Majlis Warshah Islah Pendidikan Islam, Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA
Politik demokrasi adalah politik terbuka. Semua orang bebas pergi ke mana-mana, tidak ada sesiapa yang boleh mewujudkan halangan sama ada dia untuk pergi ke kawasan orang lain atau orang lain datang ke kawasannya.
Jika seseorang itu pemimpin yang bagus, berkhidmat dengan baik, tidak banyak pekung, tidak berperangai gangster dan sentiasa punya hubungan dua hala yang baik, tidak ada sebab mereka harus takut atau gentar dengan kedatangan musuh ke kawasannya.
Tun Mahathir Mohamad sepanjang berkuasa tidak pernah kata, “jangan kacau Kubang Pasu”, Tun Abdullah Badawi juga tidak pernah memberi amaran, “jangan ganggu Kepala Batas” dan Najib Razak yang sedang terperosok diserang kini dan kanan pun belum pernah menjerit, “jangan kacau kawasan saya, Pekan.”
Malah ramai pemimpin politik yang apabila berbalas cabaran, akhirnya dengan lantang akan mengungkapkan, “kalau betul anak jantan, marilah datang berlawan ke kawasan saya?”
Tetapi, agak pelik lagi menghairankan apabila Zahid Hamidi yang kini merupakan pemimpin Perak pertama merasa naik sehingga jadi Timbalan Perdana Menteri, cuba bersikap sebaliknya pula?
Kata Zahid Hamidi, orang luar jangan cuba-cuba mengganggu politik Bagan Datuk.
Beliau seterusnya menyalahkan gangguan orang luar sebagai antara sebab berlakunya tsunami politik dalam dua pilihanraya umum lalu di Bagan Datuk  di mana beliau hanya menang dengan kira-kira 2,000 undi saja.
Apa masalahnya jika orang luar datang ke Bagan Datuk dan mahu mengalahkannya?
Bukankah politik demokrasi memang begitu – mengalahkan atau kita dikalahkan?
Kenapa Zahid Hamidi takut sangat dengan kedatangan orang luar ke Bagan Datuk?
Adakah beliau sudah terasa mungkin akan kalah dalam pilihanraya akan datang?
Bagaimana pula dengan beliau sendiri yang selalu pergi ke merata tempat dengan yang terbaru ke Gombak, Selangor minggu lalu sambil menggesa pemimpin UMNO kawasan itu datang bertemu dengannya dalam tempoh dua minggu bagi merencana strategi agar Pakatan Harapan dapat dikalahkan?
Tidaklah dengan tindakannya itu, Zahid Hamidi sendiri telah melakukan gangguan kepada kawasan Azmin Ali dan Pakatan Harapan?
Jika beliau boleh datang dan melakukan gangguan ke kawasan lain dengan tujuan mengalahkan lawan UMNO dan BN, apa masalahnya Pakatan Harapan datang ke Bagan Datuk untuk melakukan perkara yang sama?
Ini demoklasi maaa…
– http://shahbudindotcom.blogspot.hk

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.