`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, July 17, 2017

TUNKU AMINAH-DENNIS ‘DIBURU’ NETIZEN

SELEPAS tersebarnya berita Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bakal menamatkan zaman bujangnya pada 14 Ogos ini, netizen tidak tunggu lama untuk mencari foto jejaka bertuah itu.
Wajah Dennis Muhammad Abdullah atau nama asalnya Dennis Verbaas akhirnya dapat ditatapi umum.
Identiti dan wajah Dennis Muhammad mula tular selepas netizen berkongsi gambar-gambarnya di beberapa laman Facebook popular.
Ada di kalangan netizen menyifatkan Tunku Aminah amat bertuah kerana bertemu jodoh dengan seorang jejaka kacak.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/07/17/wajah-dennis/~/media/3a8f314ff456420fa959427ca518cf1a.ashx?la=en
@Wati Safari berkata:”Wajah seakan serupa… semoga kekal hingga ke jannah… Insya-allah, amin.
@Aisha Madina berkata:” Woo hensem, sama cantik sama padan… sesuai sangat.”
Dennis Muhammad dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/07/17/wajah-dennis/~/media/42cf50b71a954239874a1ad0b1bac024.ashx?la=en
Jejaka berusia 28 tahun itu yang juga anak pasangan Martin dan Henriette Varbaas itu menerima pendidikan di Floretti College Hillego The Netherlands dan kemudian meneruskan pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands.
Dennis Muhammad yang gemar bermain bola sepak pernah bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store and Café.
Selepas itu beliau berkhidmat sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers Singapura.
Beliau memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajian al-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.
Menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli, istiadat perkahwinan pasangan itu akan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat Melayu dan budaya Istana Johor.
– Mstar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.