`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 7, 2017

Kelantan jemput Zakir Naik ke Kota Bharu Kelantan jemput Zakir Naik ke Kota Bharu

Perhimpunan dianjurkan kerajaan negeri itu bertujuan menyatupadukan umat Islam Asia Tenggara.
Zakir-NaikPETALING JAYA: Kerajaan negeri Kelantan menjemput pendakwah India Dr Zakir Naik ke sebuah persidangan Islam antarabangsa di Kota Bharu, di samping beberapa tokoh dan agamawan luar negara pada 20 Julai ini.
Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia akan dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, dan bakal menyaksikan 24 tokoh dan pemimpin pertubuhan Islam antarabangsa.
Zakir, yang berdepan tuduhan pengubahan wang haram daripada pihak berkuasa India, kini dipercayai berulang alik dari Arab Saudi ke Malaysia.
Zakir yang memiliki status penduduk tetap Malaysia, melarikan diri dari India selepas namanya muncul dalam siasatan serangan pengganas di sebuah restoran di Dhaka, Bangladesh, yang mengorbankan 22 orang.
Perhimpunan anjuran kerajaan negeri Kelantan itu bakal diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.
Ketua penyelaras jawatankuasa penganjur Datuk Che Abdullah Mat Nawi dipetik lidah rasmi PAS, Harakahdaily sebagai berkata sejumlah 100,000 “pendokong Islam” bakal hadir.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perhimpunan itu bertujuan menyatukan umat Islam di Asia Tenggara “yang masih lagi terpelihara kemurniaannya walaupun terdapat kesan-kesan penjajahan yang belum sembuh”.
“Kita mengharapkan supaya usaha musuh-musuh untuk mengadu-dombakan umat Islam di rantau ini akan gagal,” kata Hadi. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.