`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, December 23, 2017

3 beradik maut, MPV terbabas ke parit

Ibu saudara mangsa, Salma Ibrahim, 58, dan anaknya Nurul Aliyani Zawawi, 25, turut cedera dalam kemalangan itu dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.
kemalangan-maut-kuantanKUANTAN: Tiga beradik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam parit di Jalan Kuantan-Pekan, berhampiran Kampung Batu Putih di sini, hari ini.
Mereka yang terkorban dalam kemalangan kira-kira 5.45 pagi itu adalah Wan Nor Afifah Wan Mohd Kamaruzzaman, 28, Wan Nor Athirah, 27, dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi, 14, yang dalam perjalanan dari Melaka untuk pulang ke rumah di Kampung Padang Lalang Binjai, Kemaman, Terengganu.
Ibu saudara mereka, Salma Ibrahim, 58, dan anaknya Nurul Aliyani Zawawi, 25, turut cedera dalam kemalangan itu dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Seorang saudara mangsa yang enggan dikenali semasa ditemui di Jabatan Forensik HTAA berkata, mangsa ke Melaka untuk melawat saudara selepas menghantar ibu bapa dan seorang lagi adik perempuan mereka menunaikan umrah, Khamis lalu.
“Saya tahu mengenai kejadian ini kira-kira 7 pagi selepas dihubungi Nurul Aliyani yang dapat keluar daripada kenderaan, selepas beberapa jam kenderaan itu berada di dalam parit.
“Dia beritahu 3 beradik itu sudah meninggal dunia. Luluh hati saya mendengar berita itu…saya tidak tahu bagaimana hendak beritahu ibu bapa mereka yang berada di Mekah,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.