`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 23, 2018

BEKAS AHLI YANG SERANG BERSATU TIDAK MEMBERI KELEBIHAN KEPADA UMNO

Antara kelompok yang turut aktif menyerang Tun Mahathir Mohamad dan Bersatu sejak kebelakangan ini ialah beberapa bekas pemimpinnya yang sudah keluar meninggalkan parti itu.
Ada saja isu, maka adalah juga mereka ini mengeluarkan kenyataan yang bertujuan mengeruhkan lagi keadaan. Selalunya Bersatu, Tun Mahathir dan Pakatan Harapanlah yang menjadi sasaran mereka.
Kadangkala pula mereka cuba melaga-lagakan Tun Mahathir dengan beberapa pemimpin lain dalam Pakatan Harapan. Ada juga yang cuba menunjuk suci dengan merayu pengundi memikirkan survival Melayu dalam pilihanraya akan datang ini.
Kahkahkah…sah orang seperti ini sudah tersampuk sakit kuat atau kalau tidak, tentu dah terminum air kencing sendiri!!
Bagaimanakah perompak, pencuri dan penyamun dapat memikirkan survival sesuatu bangsa?
Mereka ini digelar sebagai sampah oleh Tun Mahathir berikutan sebelumnya merekalah juga yang kuat menghentam dan membelasah Najib Razak, UMNO serta BN.
Meskipun mereka menafikan dibeli atau diberikan ganjaran untuk keluar Bersatu dan kemudian melakukan serangan, tetapi daripada pelbagai kenyataan dan butir-butir suara yang keluar daripada mulut mereka, ia dengan jelas menunjukkan mereka mahu Najib, UMNO dan BN terus kekal berkuasa.
Mereka menghentam Bersatu dan Pakatan Harapan tidak lain ialah agar parti pecahan UMNO dan gabungan pembangkang itu terus diragui rakyat, tidak dapat mengalahkan BN dan Tun Mahathir tidak berjaya menjadi Perdana Menteri semula.
Oleh kerana Najib seorang Perdana Menteri yang amat berkuasa, bertaraf bilionaire dan terkenal dengan amalan “cash is king”, memang “ahli syurga” tarafnya jika mereka melakukan kerja-kerja itu dengan percuma saja.
Sebab itu Tun Mahathir siang-siang lagi menggelar mereka sebagai sampah. Sampah sifatnya berbau busuk dan letaknya pula dalam tong-tong sampah yang bertutup. Apabila terbuka tutupnya, maka terkeluarlah baunya yang busuk itu.
Tujuannya tidak lain ialah agar cakap mereka bukan saja tidak perlu didengar, bahkan diambil peduli pun jangan sekali.
Memang sehingga ini, walaupun kerapkali mereka bersuara, hakikatnya tiada siapa memperdulikannya. Lagi pula mereka bukanlah siapa-siapa sebelum ini.
Mereka jadi sedikit terkenal kerana salalu menumpang nama Tun Mahathir dan dilihat kerap bersama bekas Perdana Menteri itu. Ketika bersama UMNO dahulu atau jika masih kekal bersama UMNO, tiada siapa pun kenal dan peduli dengan mereka.
Mungkin mereka ini akan terus bersuara, malah tidak mustahil lebih kerap dan lebih kuat bunyinya berikutan tarikh pilihanraya semakin dekat. Itulah kerja mereka dan jika ada upah, untuk itulah tujuannya.
Tapi, tiada ada perlu dirisaukan dengan mereka ini. Peranan mereka tidak akan ke mana dan tidak akan menyumbang apa-apa.
Ia sama seperti sekian ramai bekas pemimpin PKR yang keluar parti dan tidak henti-henti menyerang parti itu. Akhirnya PKR terus maju dan mara, sebaliknya yang keluar parti itu semakin menghilang daripada ingatan sesiapa.
Mereka yang keluar Bersatu dan menyerang kembali parti itu juga begitu nasibnya. Rakyat biasa tidak mahu mendengar dan tidak memperdulikan cakap mereka, sementara ahli UMNO sendiri ramai yang jadi meluat dengan mereka.
Kebencian rakyat kepada Najib yang kleptokrat tidak akan bertukar menjadi sayang semata-mata kerana kerja-kerja yang dilakukan oleh sampah-sarap ini, malah akan menjadikan nama Najib turut busuk di kalangan ahli UMNO sendiri kerana beliau seolah-olah lebih mempercayai mereka berbanding ahli UMNO yang kekal setia sepanjang masa.
Tunggu saja Pakatan Harapan berkuasa nanti, sampah-sarap ini lebih tidak berguna lagi.
– http://shahbudindotcom.blogspot.ae

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.