`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 15, 2018

BERGAMBAR DEPAN KAABAH TAPI RASUAH ‘TAHAP GABAN’, KATA MUKHRIZ

RAKYAT tidak harus tertipu dengan propaganda pemimpin negara yang menunjukkan imej warak dengan bergambar di hadapan Kaabah, kata Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir.
Mukhriz berkata, rakyat harus menolak pemimpin bersikap hipokrit yang menunjukkan imej alim sedangkan hakikatnya menyimpang dari landasan dan mengamalkan rasuah.
Beliau menggunakan slanga popular anak muda – pada “tahap gaban” untuk menggambarkan bahawa kesalahan rasuah itu sangat berat.
“Walaupun mereka memimpin negara sekarang, saya tak kiralah kalau ada pemimpin tertinggi kerajaan mendirikan umrah bergambar (di) makam Rasulullah dan Kaabah,” katanya.
“Tapi kita tahu dia jauh menyimpang dari landasan sebenar dan rasuah tahap gaban kita tetap tolak dia. Ini semua propaganda,” katanya.
Kenyataannya itu merujuk kepada perdana menteri yang mengambil kesempatan menunaikan umrah bersama anggota keluarganya semasa lawatan ke Arab Saudi pada hujung minggu lalu.
Gambar menunjukkan Najib menunaikan ibadat dan mengunjungi makam Nabi Muhammad itu dimuatkan perdana menteri ke laman sosial.
Kemunculan gambar berkenaan meraih kritikan di kalangan pengguna media sosial yang kempersoalkan kewajaran Najib membawa keluarganya dalam lawatan tersebut.
Perkara itu dijelaskan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan yang menyebut, kos perjalanan itu dibiaya sendiri oleh keluarga Najib dan tidak ditanggung kerajaan.
Peserta rombongan keluarganya itu termasuklah ibu Najib, anak, anak tiri, menantu, cucu, adik beradiknya, serta empat orang tetamu khas.
PMO mengesahkan Najib, yang dijemput oleh Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, disertai oleh isteri, ibu, anaknya, beberapa ahli keluarga termasuk adik beradiknya, kenalan dan pegawai.
Mengulas lanjut mengenai ibadah umrah itu, Mukhriz dalam ucapannya berkata, Najib yang dikenalinya dahulu adalah seorang yang begitu warak dan taat kepada setiap suruhan Allah.
“Saya nak terangkan dan semua tahu perkara ini, Najib itu bukan pemimpin yang boleh kita ikut. Orang seperti ini wajib kita tolak dan pastikan dia tak lagi memerintah lagi,” katanya dalam ucapan ketika pelancaran Bersatu Bahagian Setiawangsa, malam tadi.
Sementara itu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata, parti itu memberi jaminan akan menyokong calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14) dan tidak sesekali memboikot mereka.
“Kita tidak akan boikot, kalau kita boikot parti mereka, mereka akan boikot kita dan calon kita akan kalah. Kita mahu menang bergaya,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penyokong Bersatu.
Dalam majlis tersebut, ahli majlis tertinggi Bersatu Zahid Mat Arip turut dilantik sebagai ketua bahagian parti di kawasan tersebut.
– https://www.themalaysianinsight.com

1 comment:

  1. Mohon dimaafkan sebelumnya....!! terpaksa sy ngeposting disini karna sy sudah mengalami skrg bagaimn rasanya tinggal di perantauan jd TKW. Anak dan suami di tinggal di kampung. Sy dulu 4 tahun 5 bulan tinggal di Taichung Taiwan.. hanya jeritan batin dan tetes air mata selalu menharap. tp tdk ada hasilnya sm sekali. Cuman gali lobang tutup lobang trus. dulu.. pengen pulang ke indo gaji tidak seberapa. Tetapi namanya juga rejeki itu tidak ada yg tau. Yg penting kita betul-betul yakin dan percaya Pasti ada jlan keluarnya. Halal tidaknya hanya tuhanlah yg menentukan. Kebetulan waktu itu sy istirahat di kamar buka facebook dapt nmor telpon Mbah Suroto di halaman tki sukses. setelah sy baca ternyata beliau murid Eyang Guru Jugo dari gunung kawi. dengan adanya Pesugihan Dana Ghaib ini dan Pesugihan Anka ghaib/Togel 2D sampai 6D pilihan..., sy memilih jalan Pesugihan Dana Ghaib saja karna tidak ada tumbal menumbal. alhamdulillah ternyata benar2 terbukti hasil nya dari Mbah. skrg sy bsa buka usaha kecil-kecilan di rumah.. ya allah terima kasih rejekimu ini yg enkau berikan. Mungkin ada teman pengen merubah nasib nya seperti sy. ini nomr nya Mbah Suroto +6282291277145 karna tidak ada salahnya kita berbagi. sy sudah merasakan manis pahitnya tinggal di perantauan. Trmksh

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.