`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 17, 2018

DUA SOALAN MUDAH TUN M BUAT PAS, BERAPA LAMA HADI AWANG MAHU MENJAWABNYA?

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad hari ini melontarkan dua soalan yang berupa cabaran mudah kepada Pas.
Pertama, beliau ingin tahu siapakah calon PerdanaMenteri bagi Gagasan Sejahtera yang diketuai oleh Pas?
Umum semua tahu sekiranya BN terus menang, Najib Razak akan kekal sebagai Perdana Menteri, manakala Pakatan Harapan sudah menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menterinya.
Oleh kerana Pas memutuskan untuk bertanding sendirian atas tiket Gagasan Sejahtera bagi melawan BN dan PH, maka logiknya mereka juga harus ada calon Perdana Menterinya sendiri.
Bagaimana mahu bertanding dalam pilihanraya, bercita-cita ingin memerintah negara dan melaksanakan pemerintahan Islam jika tiada calon Perdana Menteri?
Jadi, soalan dan cabaran Tun Mahathir kepada Pas ini adalah soalan yang mudah saja sebenarnya?
Kalau Hadi Awang calonnya, maka umumkan saja secara terbuka.
Kedua, Tun Mahathir juga ingin tahu sama Pas menyokong Najib atau beliau sebagai bakal Perdana Menteri selepas PRU 14 akan datang?
Barangkali soalan Tun Mahathir ini bermaksud jika Pas tidak mahu menamakan siapa calon Perdana Menteri sendiri, maka siapakah yang menjadi pilihan Pas untuk disokong menjadi Perdana Menteri – Najib atau beliau?
Soalan kedua ini sebenarnya lebih mudah lagi bagi Pas menjawabnya kerana ia hanya berupa soalan objektif saja iaitu (A) Najib dan (B) Tun Mahathir.
Pilih saja yang mana satu atau kalau susah sangat bolehlah gunakan buah dadu untuk membantu.
Dalam erti kata lain, jika Pas dapat menamakan calon Perdana Menterinya, mereka tidak perlu lagi menjawab soalan kedua itu.
Tetapi, jika tidak dapat menjawab soalan pertama, Pas harus menjawab soalan kedua yang hanya merupakan soalan objektif saja.
Senang dan mudah saja soalan Tun Mahathir kepada Pas ini sebetulnya, umpama kata sambil mencandat sotong boleh menjawabnya.
Namun, berapa lama Pas dan Hadi Awang perlu masa untuk memberikan jawapan?
– http://shahbudindotcom.blogspot.ae

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.