`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 17, 2018

Ewein nafi terlibat projek terowong dasar laut

Ewein Berhad berkata anak syarikatnya hanya memeterai perjanjian usaha sama dengan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.
ewein-project-tunnel-penangGEORGE TOWN: Ewein Bhd (Ewein) hari ini menjelaskan bahawa ia serta anak syarikatnya tidak terbabit langsung dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ewein berkata anak syarikatnya, Ewein Land Sdn Bhd, hanya memeterai perjanjian usaha sama dengan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (dikenali Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd sebelum ini).
“Ewein tidak membeli sebarang tanah daripada kerajaan negeri. Tanah itu dimajukan secara bersama dalam transaksi komersial di antara Ewein Land dan Consortium Zenith menerusi syarikat usaha sama Ewein Zenith Sdn Bhd,” katanya.
Ewein menerusi anak syarikatnya, Ewein Zenith II Sdn Bhd memeterai 1 perjanjian bagi pembelian tanah (Lot 713) seluas 1.78 hektar di Bandar Tanjong Pinang bernilai RM162 juta pada 2015.
“Tanah itu dibeli daripada Consortium Zenith dan bukannya kerajaan negeri. Ini merupakan transaksi komersial dan butiran pembelian itu turut dimaklumkan kepada Bursa Malaysia,” katanya.
Menurut syarikat itu, Ewein Zenith II memutuskan untuk membatalkan perjanjian dengan Consortium Zenith BUCG berikutan keluasan tanah yang lebih kecil sebanyak 0.81 hektar. Pembatalan itu turut dimaklumkan kepada Bursa Malaysia.
Ewein menjelaskan, syarikat itu memeterai 1 memorandum perjanjian dengan Consortium Zenith bagi mendapatkan hak pembelian tanah kira-kira 20.2 hektar yang akan ditebus guna di Gurney Drive pada 2016.
“Tanah 20.2 hektar itu adalah sebahagian daripada projek tebus guna oleh sebuah syarikat yang tiada kaitan dengan Ewein atau mana-mana anak syarikatnya,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan tahanan reman 2 pemimpin syarikat bergelar “Datuk” bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pembinaan terowong dasar laut itu. -FMT

1 comment:

  1. Terpaksa sy ucapkn dsni bahwa cita-cita saya menjadi TKW yang sukses pulang di kampungku sudah tercapai, alhamdulillah.... awalnya aku ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa ..!!! terima kasih banyak kpd teman aku yg ada di singapura..! berkat postingan dia di halaman facebook TKI Sukses aku baca. Aku bsa kenal nma nya MBAH SARO PATI Guru spiritual PESUGIHAN dan ANKA GHAIB TOGEL 2D sampai 6D dan PESUGIHAN DANA GHAIB. Tampa tumbal . pikir-pikir kurang lebih 7 tahun kerja jd Tkw di Hong Kong hanya jeritan batin dan tetes air mata ini selalu menharap tp tdk ada hasil sm sekali. Mana lagi dapat majikanku galak, kejam, cerewet, salah sedikit kena marah lagi . Tiap bulan dapat gaji hanya separoh saja . . itu pun tdk cukup biaya anak di kampung. Tp sy beranikan diri tlpon nmr beliau untuk minta bantuan nya. melalui PESUGIHAN DANA GHAIB Nya . syukur Alhamdulillah benar2 terbukti sekarang. terima kasih ya allah atas semua rejeki mu ini. Aku sudah bs pulang ke kmpung halaman buka usha skrg. jk tman minat ingin tlpn beliau . ini nmr nya +62 823-9943-8557 & 082-399-438-557 siapa tau anda bisa di bantu dan cocok sprti aku . aminn

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.