`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 15, 2018

HELLO IGP OR IS IT ZAHID? GUESS WHICH ONE GAVE PERMIT FOR EXTREMIST UMMAH CONVENTION TO BOOST HIS POLITICAL STANDING AMONG MALAY HARDLINERS?

retired teacher told govt to end federal scholarships for minority
to uplift Malay supremacy ahead of 14th general election.
Raof Husin told “Rise of the Ummah Convention” here
govt constitutionally bound to limit study aid to Bumi students.
will of six late Malay Rulers during negotiations with British
govt must uphold Article 153 (1) Bumiputera Special Privilege in education
exclusive govt scholarship to Bumi students and do not give them to others
Article 153 states YDP Agong’s prerogative to reserve scholarships, civil service positions for Bumi community.Raof group against scholarships based on merit.
Ummah umbrella organisation of 300 Muslim NGOs strongly opposed
Raof argued meritocracy would hamper Bumi community’s progress.
number of Bumi in critical professions still very small
Bumi accountants, architects stagnated, decreased past three years.
if we do not assist them, we would fall further behind
MTEM said govt must introduce anti-discrimination laws
but applied only to minority-owned firms
govt should abolish open tender system for contract
instead employ “limited tender” only for Bumi
Ummah to galvanise “Islamic forces”
 
My comments :  Kepada sahabat di UMMAH, MTEM dan lain-lain.
Masalahnya bukan di pihak minoriti.
Masalahnya dengan pihak Melayu dan Islam.
Kita lihat umat Islam sedunia dulu. Di seluruh dunia ada dua kategori umat Islam.
Pertama sekali adalah kategori umat Islam yang hidup susah, papa kedana, tidak cerdik, kurang pandai,  bergaduh, berperang, berselisih, tergelincir akidah (pada pandangan mazhab lain). Kategori umat Islam ini menghuni kesemua negara Islam yang menjadi ahli OIC. Malaysia pun ahli OIC.
Kategori kedua adalah umat Islam yang hidup senang lenang, mewah, kaya raya, cerdik, terpelajar, pandai, hidup aman antara berbagai jenis mazhab dan aqidah yang berbeza  (shiah, sunnah, sufi, tasawuf, salafi, wahabi, tablighi, ahmadiyah dan lain-lain).   Kategori umat Islam ini menghuni negara-negara kafir (atau negara bukan Islam) seperti Australia, New Zealand, Canada, Denmark, England, France, Finland, Germany, Holland, Ireland, Singapura, China, Taiwan dan sebagainya.
Kalau tidak kaya macam orang bukan Islam pun, sekurang-kurangnya umat Islam di negara kafir ini hidup aman sesama banyak mazhab yang berlainan. Contohnya tidak ada kes orang ahlul sunnah dan salafi berperang dengan orang shiah atau ahmadiyah di Canada, Amerika Syarikat, Australia, England atau Perancis – walaupun terdapat berjuta penduduk Islam di negara itu.
Sedihnya umat Islam yang hidup paling aman, kaya dan selesa terdapat di negara kafir. Contohnya di Singapura peratusan umat Islam yang memiliki rumah kediaman yang moden dan selesa adalah antara yang paling tinggi bagi umat Islam sedunia. Hampir 95% keluarga (household) Melayu Islam di Singapura memiliki rumah mereka sendiri. Dan rumah mereka adalah cantik, bersih, dalam persekitaran yang sangat tersusun dan selamat.
Kita bandingkan keadaan ini dengan negara kita Malaysia di mana orang Islam makin susah untuk memiliki rumah sendiri walaupun di pekan atau kampong asal sendiri. Bagi mereka yang mempunyai tanah sendiri di negeri Perlis, untuk menyiapkan rumah empat bilik (mengupah kontraktor sendiri) memerlukan kos pembinaan hampir RM200,000. Berapa ramaikah umat Melayu di Perlis yang mampu belanja RM200,000 ataupun layak diluluskan pinjaman RM200,000 daripada bank?
Jika membeli rumah daripada pemaju atau developer akan melibatkan belanja yang jauh lebih tinggi. Rumah teres dua tingkat di Kangar dijual dengan harga RM350,000.
Tambah lagi di Singapura tidak berlaku sebarang persengketaan antara mazhab yang berlainan seperti ahlul sunnah, shiah, salafi, wahabi, ahmadiyyah, tabligh, tasawuf dan lain-lainnya.  Semua mazhab dibenarkan mengikuti kepercayaan mereka tanpa diganggu atau menganggu mazhab yang lain.
Lebih baik bagi umat Islam sedunia berhijrah saja ke negara kafir seperti Australia, Singapura, Amerika dan Kanada untuk menikmati hidup yang lebih selesa, kaya dan selamat.
Akhir kalam tidak perlu lah saya mengulas panjang berkenaan penolakan meritokrasi. Sahabat di Ummah boleh menolak meritokrasi tapi akibatnya ialah anak anda akan jadi bodoh.  Ini sudah confirm.
– http://syedsoutsidethebox.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.