`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, January 19, 2018

MCA yakin rampas Seremban kerana ‘Cina tolak Mahathir’

Itu antara sebab diberikan Chong Sin Woon, yang turut berkata sentimen 'Ubah' sudah lupus di kalangan pengundi Cina.
chong-si-wonPETALING JAYA: Bakal calon Barisan Nasional (BN) dari MCA, Datuk Chong Sin Woon yakin peluangnya merampas kerusi Parlimen Seremban dari DAP pada pilihan raya umum akan datang, dan antara sebab keyakinan itu adalah penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pembangkang.
Ia antara 3 faktor diberikan timbalan menteri pendidikan itu yang termasuk perubahan sentimen dan isu berbanding pilihan raya yang lalu, di samping apa yang disebut sebagai perpecahan di kalangan Pakatan Harapan (PH).
Chong mendakwa imej Dr Mahathir, yang kini calon perdana menteri PH sekiranya menang pada pilihan raya akan datang, tidak begitu baik di kalangan pengundi Cina.
Menurutnya, DAP menghadapi cabaran besar menjelaskan kepada akar umbi dan penyokongnya dari masyarakat itu.
“DAP menghadapi masalah yang besar nak menjelaskan kepada masyarakat Cina kenapa nak sokong Dr Mahathir menjadi perdana menteri sebab DAP sebelum ini telah mengkritik, mencerca, memaki hamun Dr Mahathir,” kata Chong kepada FMT.
“Kalau nak menjadikan dia penyelamat negara, bukan mudah nak jelaskan kepada masyarakat Cina,” katanya.
Chong baru-baru ini disahkan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai calon BN pada pilihan raya akan datang.
Bagaimanapun, beliau menghadapi cabaran besar memecahkan kerusi yang sudah lama menjadi kubu kuat DAP di Negeri Sembilan itu.
Pada PRU yang lalu, Anthony Loke menewaskan calon BN dan 3 calon lain. Loke menerima 45,628 undi berbanding penyaing terdekat, Yeoh Chai Tham dari BN yang mendapat 33,075.
Loke juga sudah 3 penggal menjadi Adun Negeri Sembilan, dan pada PRU lalu menewaskan calon MCA di Chennah.
MCA berkata Chong seorang yang popular di Seremban, sebuah bandar yang selalunya dianggap sebahagian daripada wilayah pesat Lembah Klang walaupun berada luar Kuala Lumpur dan Selangor.
Bandar ini disebut-sebut bakal mendapat taraf bandar raya pada tahun ini, di mana ia akan digabungkan dengan Nilai.
Seremban mempunyai kira-kira 44% pengundi Melayu, 41% pengundi Cina dan 14% India.
Bagi Chong dari MCA, pengundi Melayu merupakan salah satu sasaran untuk sokongan kepadanya.
Pemetaan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini menyaksikan penambahan pengundi Melayu sebanyak 4%, dan pengurangan pengundi Cina pada peratusan yang sama.
Chong berkata, masyarakat Cina pada PRU lalu memberikan sokongan padu kepada DAP disebabkan arus “Ubah”, yang menjadi bahan kempen dalam meyakinkan mereka perubahan kerajaan akan berlaku.
Kini, sentimen itu sudah tiada, dakwanya.
“Dulu masyarakat Cina hampir 85% sokong dan ubah kerajaan tetapi kini yang masih lagi percaya bahawa kerajaan ini boleh ditukar semakin kurang,” katanya.
Menurutnya, rasa tidak senang antara parti dalam PH juga memberi kelebihan kepada BN, yang kini dianggap lebih bersatu padu berbanding PRU lalu.
“Kali in kita tak tak ada isu itu. Isu dalaman parti pun banyak yang telah selesai,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.