`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 2, 2018

FUNGSI AGAMA JAKIM ADALAH 'HARAM' DI SISI PERLEMBAGAAN, MENJEJASKAN KESAHIHAN SIJIL HALAL DAN STICKER HALAL JAKIM JIKA DITUNTUT DALAM MAHKAMAH

Oleh kerana JAKIM adalah jabatan haram di sisi Perlembagaan, maka timbul juga soalan kesahihan sijil halal dan sticker halal Jakim bagi produk-produk halal jika berlaku sebarang tuntutan di mahkamah. Bukan setakat itu saja, tetapi segala dokumen yang dikeluarkan Jakim atau di tandatangani pegawai Jakim yang berkaitan dengan hal ehwal agama sekarang sudah menjadi tidak sah mengikut Perlembagaan. 


Berita ini dipetik daripada Free Malaysia Today, sila klik di sini.





peguam syariah setuju dgn Ku Li kewujudan Jakim tidak sah dari segi Perlembagaan 

Senarai Persekutuan sebut kuasa pengawalan undang-undang Islam bagi tujuan undang-undang persekutuan. 

Jakim berfungsi di luar bidang kuasanya,” kata Nizam Bashir juga peguam perlembagaan, kepada FMT.

Ku Li baru-baru ini kata Jakim usaha Umno untuk bersaing dengan PAS 

Ku Li kata Jakim dibentuk sebagai dasar penerapan nilai Islam pada 1981

“Jakim tidak berperlembagaan,” kata ahli parlimen Gua Musang itu.

Jakim diumumkan pada 1997, diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Nizam kata Jakim ditubuhkan melalui tindakan eksekutif mungkin tidak betul
ia sepatutnya ditubuhkan melalui undang-undang yang menjelaskan kuasanya

tiada undang-undang membimbing jabatan itu 

Menurut Nizam tidak banyak pertimbangan dilakukan sebelum Jakim ditubuhkan

hal ehwal Islam adalah di bawah kawalan negeri
enakmen agama setiap negeri sudah meletakkan sempadan jelas

pentadbiran Islam di negeri mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab

pegawai penguatkuasa, hakim syariah, kadi, mufti - sempadan jelas kuasa mereka

Nizam kata Malaysia sekarang “pelik” 
Islam adalah urusan negeri (tetapi) badan penyelarasan persekutuan wujud 
untuk memastikan negeri menuju ke sesuatu arah

Kita perlu melihat Jakim 
melampaui bidang kuasa berkaitan perlembagaan 

Ku Li bukan orang pertama mempersoalkan status Jakim
jabatan kerajaan yang mempromosikan Islam yang terlalu konservatif.

Pengkritik juga soalkan peruntukan Jakim, mencapai RM1b setiap setahun

Sultan Johor mempersoalkan peruntukan bajet besar untuk Jakim.

Tahun lalu, Jakim dikecam Sultan Johor
selepas pegawainya kritik arahan istana menutup kedai dobi mesra Islam 



My comments :  JAKIM sekarang sudah menjadi jabatan cap duit yang sangat besar. Bukan saja peruntukan RM1 billion setiap tahun tetapi juga jualan sticker 'halal' membawa masuk berpuluh juta Ringgit kepada JAKIM.


Melihat kepada kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah dan juga peguam syariah dan perlembagaan  Nizam Bashir di atas, jelas bahawa JAKIM tidak mempunyai 'tauliah' dari sudut Perlembagaan Persekutuan untuk wujud sebagai sebuah 'jabatan agama peringkat kebangsaan'.


Dan juga ekoran daripada titah DYMM Sultan Johor bahawa Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim tidak perlu mengadakan sebarang kerjasama lagi dengan JAKIM, maka jelas bahawa sticker halal JAKIM juga tidak boleh digunakan di Johor.


JAKIM sekarang memegang monopoli sticker halal dalam negara kita dan untuk melesenkan ustaz kursus kahwin. 


Oleh kerana JAKIM adalah jabatan haram di sisi Perlembagaan, maka timbul juga soalan kesahihan sijil halal dan sticker halal Jakim bagi produk-produk halal jika berlaku sebarang tuntutan di mahkamah. Bukan setakat itu saja, tetapi segala dokumen yang dikeluarkan Jakim atau di tandatangani pegawai Jakim yang berkaitan dengan hal ehwal agama sekarang sudah menjadi tidak sah mengikut Perlembagaan. 

Juga kesahihan sijil kursus kahwin yang dikendalikan oleh ustaz kursus kahwin yang diberi lesen atau tauliah oleh JAKIM.


Oleh kerana JAKIM tidak sah dari segi Perlembagaan Persekutuan, lebih elok bagi negeri-negeri yang bertanggung jawab atas hal ehwal agama negeri masing-masing mengeluarkan sijil halal dan sticker halal mereka sendiri. Dengan cara ini negeri-negeri juga boleh mendapat hasil daripada jualan sticker halal dan sijil halal. Tidak perlu sijil halal di monopoli oleh jabatan haram sahaja.


Kursus kahwin tidak perlu diadakan kerana ianya hanya membuang masa dan memboroskan wang rakyat yang makin tenat menghadapi kos sara hidup yang tinggi.  Tambah lagi generasi orang Islam sebelum zaman kursus kahwin lebih tinggi moral mereka dan lebih baik dalam menguruskan rumah tangga berbanding dengan generasi pasca kursus kahiwn.


Walaupun sudah berpuluh tahun kursus kahwin, kes cerai, retakan rumah tangga, kes ibu tunggal, kes suami ghaib, kes lelaki poligami tinggalkan bini tua  telah bertambah dengan berlipat kali ganda.  Ini jelas membuktikan bahawa kursus kahwin tidak memberi kesan yang positif. 


Akhir kalam pendedahan bahawa "kuasa agama" JAKIM adalah haram di sisi Perlembagaan Persekutuan ini bermaksud sebarang dokumen yang dikeluarkan atau ditandatangani oleh sebarang pegawai JAKIM juga adalah tidak sah dari segi Perlembagaan Persekutuan dan boleh dicabar dalam mahkamah.


Contohnya jika pegawai JAKIM terlibat dalam penilain 'status agama' pegawai Kerajaan untuk tujuan penilaian pekerjaan tahunan (annual job evaluation) untuk menentukan kenaikan gaji dan pangkat pegawai Kerajaan maka itupun boleh dicabar dalam mahkamah sebagai tidak sah dari segi Perlembagaan.


Perlembagaan Persekutuan tidak memberi ruang bagi sebarang jabatan peringkat kebangsaan yang bertanggung jawab atas hal ehwal agama. 


Hal ehwal agama terletak dibawah  kuasa Sultan dan Raja Melayu di peringkat negeri sahaja. 


Peruntukan belanjawan (Budget) RM1 billion itu perlu disemak semula kerana duit Budget atau duit belanjawan tidak boleh digunakan untuk tujuan yang bercanggah atau  melanggar  Perlembagaan Persekutuan. 


Jakim telah lama menimbulkan kontroversi dan masalah daripada membawa penyelesaian  kepada  umat Islam negara kita.  DYMM Sultan Johor, ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, bekas ahli Parlimen Tawfik Tun Ismail, peguam syariah dan ramai lagi sudah mula menyuarakan apa yang sudah lama dirasai oleh ramai orang yang boleh berfikir dan menilai keadaan yang sebenarnya. 


Maka tidak hairanlah jika fungsi Jakim dalam hal ehwal agama sekarang dikenal pasti sebagai melanggar perlembagaan persekutuan.  


Tetapi UMNO sangat memerlukan Jakim. Ramai ustaz pro PAS yang ingin mengadakan joint venture dengan UMNO.  Maka perlulah di upah lagi ramai ustaz pro PAS untuk lagi banyak kursus sembelih lembu dan kambing, kursus mandikan mayat, kursus mencari jodoh dan sebagainya.

Mungkin pada satu hari nanti akan juga diadakan kursus mengurus jambang.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.