`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, February 7, 2018

Hanipa sindir langkah perkenal undang-undang berita palsu

Hanipa-fake-news-bn

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin hari ini menyindir langkah Barisan Nasional memperkenalkan undang-undang mengekang berita palsu pada sidang Parlimen bulan depan.
Beliau membidas BN sebagai demokrat palsu kerana ada pihak yang menyebarkan berita “benar dan tepat” dihukum.
“Hairanlah demokrat palsu nak bendung berita palsu,” katanya di Facebooknya.
“Mengekang berita palsu memang bagus. Tapi, realitinya di dalam negara ni rakyat jadi mangsa sebab sebar berita benar dan tepat.
“Contoh yang klasik kes Ahli Parlimen Pandan. Dihukum penjara 30 bulan sebab dedah berita benar dan tepat.”
Hanipa merujuk kepada keputusan Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Ahli Parlimen Rafizi Ramli atas kesalahan mendedahkan penyata akaun bank anak syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan Pengerusi Eksekutif Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail pada 2012.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 28 Januari lepas berkata Putrajaya sedang mengkaji untuk memperkenalkan undang-undang mengekang berita palsu yang mengancam kestabilan politik kereana boleh mempengaruhi rakyat membenci kerajaan.
Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata draf undang-undang yang dicadangkan itu akan diserahkan kepada Kabinet untuk mendapatkan pandangan sebelum dibentangkan di Parlimen.
Azalina mempertahankan keperluan undang-undang baharu itu kerana masyarakat akan lebih bertanggungjawab apabila mengeluarkan, menyebarkan atau berkongsi berita yang tidak sahih.
Hanipa berkata kerajaan mempunyai banyak undang-undang yang masih menghukum rakyat kerana menyebarkan berita benar.
“Contoh Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi diguna sebab rakyat cakap benda benar. Benar bukan satu pembelaan dalam akta-akta itu,” katanya, yang juga seorang peguam. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.