`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 2, 2018

Khazanah: Dr M lebih bijak daripada ‘penyamun tarbus’, sindir Annuar Musa

Pelantikan Dr Mahathir sebagai pengerusi Khazanah bertentangan dengan manifeso Pakatan Harapan (PH) untuk tidak melantik orang politik dalam syarikat kerajaan.
Annuar berkata, selepas duduk dalam ‘lubuk wang’ dalam Khazanah, Dr Mahathir melantik seorang lagi orang politik ke dalamnya, iaitu Menteri Hal-ehwal Ekonomi, Azmin Ali.
SHAH ALAM: Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa menyindir pelantikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad dengan mengatakan langkah itu cukup bijak, malah lebih bijak daripada ‘penyamun tarbus’.
Beliau berkata tindakan Dr Mahathir itu juga jelas bertentangan dengan manifeso Pakatan Harapan (PH) yang berjanji akan melantik orang profesional dan tidak akan melantik orang politik dalam syarikat milik kerajaan (GLC) nasional.
“Cucuk-cucuk bagi ahli lembaga pengarah (Khazanah) keluar sebab nak lantik orang baru. Tendang keluar bekas Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azmin Mokhtar, Datuk Seri Nazir Razak dan orang profesional.
“Kemudian dia teropong jumpa dalam Khazanah, banyak harta karun sebab banyak syarikat dalam Khazanah untung.
“Lepas itu lantik jadi pengerusi, duduk dalam lubuk wang dalam Khazanah dan lantik seorang lagi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali duduk dalam Khazanah. Janji entah ke mana,” katanya dalam satu ceramah perdana bersama calon Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam di Jalan Kebun, di sini malam tadi.
Pada 30 Julai lalu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan Dr Mahathir dilantik pengerusi Khazanah yang baru, menggantikan Datuk Seri Najib Razak yang meletak jawatan 31 Mei lepas.
Pengumuman ini menyusuli peletakan jawatan beramai-ramai ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan itu 26 Julai lepas.
Turut diumumkan ialah pelantikan ahli lembaga pengarah iaitu Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Mohd Hassan Marican; bekas timbalan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Sukudhew (Sukhdave) Singh; dan bekas pengarah eksekutif di pejabat pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Goh Ching Yin.
Sebelum ini, Azman Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Ekskeutif Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof meletakkan jawatan bersama ahli lembaga lain selepas perdana menteri secara terbuka mengkritik syarikat itu menyimpang daripada tujuan asal.
Pengarah lain adalah bekas tokoh perbankan Tan Sri Mohamed Azman Yahya dan Datuk Mohammed Azlan Hashim; bekas pegawai bank pusat, Andrew Sheng Len Tao, yang sebelum ini bertugas sebagai timbalan ketua eksekutif Pihak Berkuasa Kewangan Hong Kong; Tan Sri Raja Arshad Raja Uda, bekas pengerusi dan rakan kongsi kanan firma PriceWaterHouseCooper Malaysia; Datuk Seri Nazir Razak, pengerusi kumpulan CIMB dan adik bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak; Datuk Nirmala Menon, eksekutif sektor insurans yang dihormati dan tokoh perbankan, Yeo Kar Peng.
Pasukan itu terdiri daripada tokoh korporat Malaysia paling penting dan proses mencari pengganti mereka, sekiranya berlaku, akan diperhati secara dekat oleh pelabur tempatan dan luar negara. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.