A comment in the previous post raised an issue. I have answered the comment and I am also highlighting my answer here again.
Tuan Syed nampaknya amat memahami tentang isu ini. Tuan melihat ianya amat serius, dah buat repot polis?
Tuesday, July 31, 2018 6:14:00 PM
This is my reply :
Anon kata : Tuan Syed nampaknya amat memahami tentang isu ini. Tuan melihat ianya amat serius, dah buat repot polis? Tuesday, July 31, 2018 6:14:00 PM
Saudara Anon 6:14PM.
Saya rasa ini bukan isu yg perlu dibuat Police Report. Kita harus dewasa dan lebih matang dalam pemikiran kita. Negara kita merdeka dan bebas.
Rakyat kita semua (termasuk Nurul Izzah dan ayahnya Anwar Ibrahim dan juga saya Syed Akbar) mempunyai kebebasan dan hak untuk bergaul dengan sesiapa saja dan menyokong politik dan perjuangan sesiapa pun, termasuk Ikhwan atau Zakir Naik atau tak naik.
Dalam sistem demokrasi dan suasana bebas bersuara kita cuba untuk mengubah pemikiran masyarakat kita dan keadaan manusia melalui perbincangan dan dialog yang intelek dan dengan menunjuk bukti. Intellectual and evidence based discussion.
Kita tidak perlu menggunakan kekerasan dan keganasan untuk memenangi dialog atau perbincangan. Itu adalah cara kebaculan intelek, yang lebih mirip kepada cara para ostard dhaif memikir yang belajar di pondok atau belajar di Al Azhar. Police Report itu merayu kepada penggunaan kekerasan (kuasa Polis untuk menangkap dan menahan orang, dakwa di mahkamah, masuk ke dalam penjara dsbnya.) Semua ini melibatkan kekerasan.
Saya tidak setuju Ikhwan Muslimin tetapi cara mengatasi mereka ialah melalui dialog dan hujah yang hemah.
Malangnya dialog agama dalam negara kita (dan semua negara Islam) dibela dengan perlindungan undang-undang.
Hujah agama dikawal menerusi lesen tauliah kaum ostard.
Hujah yang tidak disukai atau tidak dipersetujui kaum ostard di kawal melalui 3,5,6 ia itu 3 tahun penjara, RM5000 denda dan/atau 6 kali sebat rotan jika hujah kita tidak disetujui kaum ostard.
Ini adalah kebaculan intelek yang akibatnya kaum ostard menjadi dhaif intelek.
Ini termasuk sehingga tahap yang tertinggi di antara mereka. Sebenarnya lagi tinggi status mereka, lebih dhaif intelek mereka.
Jadi saya tidak setuju Police Report atau apa-apa report hanya kerana tidak setuju perjuangan karut-marut dan kepercayaan khurafat kuda ajaib mereka.
Saya sungguh yakin dengan hujah dan dialog yang menggunakan intelek.
Jika kita pun suka kepada aduan Polis, menggunakan kekerasan pasukan Polis, penjara dan sebagainya maka kita tidak berbeza pun daripada mereka yang mengancam keselamatan dan ketenteraman manusia.