`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, July 31, 2019

Puan Yeo Bee Yin - Here Is A Surat Daripada Pembaca For You

Image result for puan yeo bee yin

Salam tuan,

Saya adalah pembaca setia tuan, dan semoga Allah swt memberikan tuan rezeki yang mencukupi serta diberikan umur yang panjang selagi tuan memberi manfaat.

Pertama sekali, saya adalah seorang yang telah lama bekerja di dalam bahagian alam sekitar. Syukur kepada tuhan yang satu, kerana memberikan saya umur 34 tahun untuk berbakti kepada bumi yang bertuah ini, dan sekarang saya sudah berputus asa di sini, mungkin di tempat lain yang lebih memerlukan jasa saya.

Apa yang saya perhatikan, bidang alam sekitar di Malaysia adalah hangat hangat tahi ayam. 

Sebagai contoh, sudah beberapa kali pencemaran telah berlaku di Pasir Gudang. Tetapi di mana sistem amaran awal pencemaran?  

Untuk maklumat tuan, kerajaan telah melabur 800 juta untuk stesen pemantauan alam sekitar namun kenapa tiada satu pun di Pasir Gudang di mana tempat ini mempunyai banyak kilang dan kes pencemaran (saya mungkin tersilap, mungkin ada tapi tiada).

Kedua, pemilihan tempat untuk mendirikan stesen yang tidak masuk akal, seperti tepat di hadapan kumbahan/kawasan persendirian seperti kolam ternakan, sambil mengharap stesen itu mewakili keadaan di sepanjang  sungai dan bacaan parameter mesti berada di paras yang baik. 

Ini juga tidak termasuk pemikiran "beli dahulu, fikir kemudian", dan mengharap kontraktor menyelesaikan masalah yang dibuat oleh klien. 

Dan  yang lebih mengejutkan ada tempat yang masih menggunakan tulisan tangan dalam buku buku tebal dan oleh kerana ini ada data  yang hilang. Dengan ini saya tertanya di mana "pakar pakar alam sekitar semua"?  Adakah menanti dibayar untuk memberikan komen. Pernah saya diberi cadangan "Kau ameklah phd, nanti bila kau cakap semua orang percaya walaupun kau tak tahu langsung."

Ketiga, untuk maklumat tuan, bisnes alam sekitar di sini lebih kepada menunggu tender kerajaan. 

Lihat saja apabila tender kerajaan dibuka, semuanya bagai anjing gila menanti makanan. Di sini, siapa yang menjilat punggung dia yang mendapat. 

Permainanan kata yang tidak sama langsung di dalam dokumen, dengan harapan siapa siapa akan terperangkap dengan sebut harga rendah.  Bukan hanya  di jabatan kerajaan, ini juga termasuk universiti awam, di mana alat - alat lain yang diminta seperti telefon selular, laptop adalah melebihi harga daripada alat yang diperlukan dengan memberikan alasan alat pemantauan alam sekitar ini memerlukan Iphone untuk ia berfungsi dengan baik (kami tidak bodoh, tapi demi kelangsungan hidup, kami harus menjadi bodoh).

Kelima, kualiti data yang amat teruk. Dari sini kita hanya tertanya siapakah yang memantau kualiti data ini, adakah data ini boleh dipercayai? 

Kerja alam sekitar ini lebih untuk memuaskan hati klien. Menggunakan perisian untuk membuat ramalan pencemaran namun mesti mengikut klien untuk membenarkan pencemaran. 

Ini tidak termasuk di dalam berita yang asyik mengatakan tiada itu ini yang berlaku namun sebaliknya dengan lojik akal, kita tahu ada yang tidak kena. Berkata jujur walaupun pahit.

Keenam, kualiti staf yang jauh berbeza dari segi bangsa secara umum, ada yang sudah beberapa tahun kerja, tetapi masih tidak boleh bertutur / menulis email yang mudah di dalam bahasa Inggeris untuk memohon sebut harga alat. 

Ini belum lagi disuruh membuat laporan. Tetapi sekiranya tuan ingin bercakap ana anta atau membuat kenduri selamat, mereka lebih berilmu (malangnya mereka di bidang yang salah). 

Apa yang saya perhatikan, mereka yang tiada agama, atau mempercayai tuhan tuhan lebih bersemangat dan mempunyai kemahiran yang betul untuk memastikan alam sekitar di bumi bertuah ini terpelihara.

Saya rasa cukuplah saya menulis di sini walaupun masih banyak lagi boleh ditulis. 

Mohon tuan doakan saya di bumi bertuah ini agar saya dapat memberi jasa. Dan mohon kita semua bertaubat dari menyembah orang 93 tahun yang tiada apa apa daya dan kuasa untuk mengubah apa yang sedia ada. 

Sekian.


My comments : This about sums up the lackadaisical attitude that is bringing the country down. And despite more than a year of the new government, nothing much is changing.

Recently I was engaged in a conversation with an exasperated doctor in the government hospitals.  

Are you aware that many patients who die in government hospitals can actually be saved? Especially those patients who need emergency resuscitation like after suffering heart attacks, strokes etc.  Patient dalam keadaan hampir nazak.

This comment does not cover all staff of all government hospitals (of course) but there are a fairly large number of staff (staff nurses, nurses, orderlies) whose attitude towards treating the sick is no more than a 9 to 5 job.

In the midst of resuscitating critically ill patients supporting staff can say things like "I am not in charge of this" or that. 

Waiting for their shift to be over is more important than saving a dying patient. Perhaps the attitude is 'there will be other patients tomorrow". 

Doctors do not only have to fight against the patients' illness and diseases to save their lives but the doctors also have to fight poor attitudes, tidak apa attitudes, "I dont care" attitudes, "my shift is over" attitudes of the staff in hospitals - especially those charged with resuscitating critical cases.  

And tuan-tuan bear this in mind - majority paling besar pesakit di hospital kerajaan adalah orang Melayu juga. Orang biasa, orang kampong, orang yang tak faham bahasa doktor atau faham apa yang sedang dilakukan atau tidak dilakukan oleh nurse dan kakitangan lain.  Menteri pun tak faham. Kita sedang menghancurkan diri kita sendiri.

Akhir kalam please note the writer's last comment above :  'Dan mohon kita semua bertaubat dari menyembah orang 93 tahun yang tiada apa apa daya dan kuasa untuk mengubah apa yang sedia ada.'

I hope Dr Mahathir is reading this. I believe the comment above is referring to you sir. 

Between Erdogan and Imran Khan who do you think is dumb and dumber? 

'ANKARA: Malaysia, Turkey and Pakistan will find a way to restore the strength and rebuild the Islamic civilisation so that it is no longer easily condemned by anyone.  This was stated by Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad and Turkey’s President Recep Tayyip Erdogan in a joint press conference in Ankara early today.'


Not easily condemned by anyone? How is that relevant? This is not a beauty contest. You just want to show off to the world?

There are 57 Islamic countries who are members of the Oh I See. The Oh I See is 50 years old and has a combined population of 1.9 billion people. Despite all that, the 57 members of the Oh I See have not been able to  'restore the strength and rebuild the Islamic civilisation' .

And you think just THREE members of the Oh I See can now do the trick?

. 
How will you restore the strength and rebuild the Islamic civilisation when the writer above is asking  :     di mana sistem amaran awal pencemaran?

Or patients are dying unnecessarily in our government hospitals.  (I can hear the morons saying 'but patients also die in private hospitals').

We really need to focus. You have lost your focus.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.