`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 23, 2019

3 entiti, ahli Umno setuju pulangkan RM1.2 juta dana 1MDB

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyelesaikan saman pelucuthakan ke atas 3 entiti dan individu di luar mahkamah, selepas mereka berjanji memulangkan lebih RM1.2 juta dana 1MDB yang didakwa diberikan kepada mereka.
Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerajaan menerima perwakilan Yayasan Rahah, Naza Quest Auto Sdn Bhd dan ahli Umno Bahagian Pekan, Ibrahim Awang Ismail.
“Kami meminta tarikh lain untuk merekodkan penghakiman persetujuan bagi mereka.”
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan 6 September ini untuk merekodkan penghakiman persetujuan untuk Yayasan Rahah dan Ibrahim, manakala 13 September ini ditetapkan bagi Naza Quest.
Putrajaya mahu mendapatkan kembali RM839,488.82 daripada Yayasan Rahah, RM269,662 daripada Naza Quest dan RM100,000 daripada Ibrahim.
Sebelum ini, Naza Quest dilaporkan berkata, wang itu untuk membeli 4 kereta Chevrolet antara Disember 2012 hingga 2013.
Sementara itu, mahkamah menetapkan 30 Ogos ini untuk membuat keputusan sama ada membenarkan Umno Pekan membatalkan saman itu.
“Saya juga akan mendengar permohonan anda untuk mengeluarkan satu warta bagi memanggil pihak ketiga,” kata Nazlan kepada Allan.
Peguam, M Reza Hassan yang mewakili Umno Pekan berkata, kerajaan gagal mengenal pasti pemegang jawatan bagi saman itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Maziah Mahade berkata, tumpuan pertikaian itu ialah akaun bank yang didaftarkan di bawah Umno Pekan.
“Kami menamakan pemilik berdaftar akaun bank itu supaya ia sesuai untuk kami menamakan mereka.”
Kerajaan mahu menuntut RM700,000 daripada Umno Pekan.
Pada 21 Jun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengumumkan ia memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap 41 individu dan entiti untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta dana 1MDB yang didakwa dipindahkan ke akaun bekas perdana menteri, Najib Razak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.