`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, August 20, 2019

Bijaksana Saudara Alex F.

Image result for Malaysia

Yang berikut ini adalah kiriman seorang pembaca bernama Alex F. Terima kasih.

Ciri Ciri Malaysia 

Kita selalu lupa bahawa ciri-ciri Malaysia:

1. Kita bermasyarakat majmuk bukan satu bangsa. 

2. Kita negara kapitalis bukan sosialis. Siapa berdaya maju, dapatlah hasilnya. Janganlah hanya menadah dan menagih simpati. 

3. Kita negara demokrasi bukan monarki atau komunis. Tak perlulah berlebih-lebih mengheret Raja-raja sebab kita bukan negara monarki. 

4. Kepelbagaian dan toleransi adalah kekuatan kita. Sebab itu kita pernah power dulu yakni sebelum sentimen agama dan perkauman dijadikan bahan politik. 

5. Kita bukan negara satu etnik dan satu agama. 

6. Negara kita kecil saja. Rakyatnya sedikit sahaja. Buat apa gaduh-gaduh bunuh-bunuh. Kita bukan China, kita bukan Amerika negara gergasi. 

Raikan kepelbagaian dan kreativiti. 

Jadikan ia asas kekuatan kita.

2.  Kita sudah Islam

Kita lahir-lahir sudah Islam. Tetap Islam. Tak perlu banding-banding agama pun kita sudah Islam. Bukannya kita beriman setelah kita analyze semua agama pun.


3.  Dulu-dulu

Dulu-dulu, apabila kita berkumpul ramai-ramai adalah untuk bergembira dan beramah mesra bukan untuk marah-marah, benci-membenci. Iaitu seperti waktu  kita meraikan Hari Merdeka, kemenangan Piala Thomas, bola sepak, sukan SEA, Pesta Malaysia dan macam-macam lagi. 

Dulu-dulu kita mempunyai biduan seperti Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang menyampaikan lagu-lagu patriotik, lagu-lagu rakyat yang diterima oleh semua rakyat Malaysia. Artis dulu-dulu neutral, tidak berpolitik seperti hari ini. 

Dulu-dulu, kita menjemput Yusof Islam@Cat Stevens yang memberi  mesej Islam yang syumul, universal, tanpa perlu memperlekeh, merendah-rendahkan orang-orang yang beragama lain. Tidak menyakiti perasaan makhluk ciptaan Allah yang lain. Hari ini kita jemput  Zakir. 

Dulu-dulu  kita membawa Yasser Arafat, yang membawa mesej universal, global menentang musuh yang nyata iaitu Zionis Laknatullah di Palestin. Hari ini Zakir, membakar api permusuhan sesama rakyat di dalam negara kita. 

Dulu-dulu kita tak cepat marah, bergaduh. Kita berlebih kurang. Bertoleransi. Muhibbah. 

Dulu-dulu cuti tak sebanyak sekarang. Cuti sekarang panjang-panjang tetapi walaupun banyak bercuti kita masih stress dan cepat melenting. Sampai ada yang terkorban dan terpenjara semasa cuti Raya Korban dan cuti sekolah. 

Dulu-dulu, kita tidak mewah, nak melihat yang menggunakan kereta import amat kurang berbanding hari ini. Nak melihat orang mempunyai lebih dari sebuah kereta juga jarang. Hari ini, orang kaya-kaya, mewah-mewah, pelajar-pelajar universiti juga ramai yang sudah mempunyai kereta. Tetapi akhlak lebih buruk dari orang dulu-dulu. Kasar, biadap dan gelojoh. 

Dulu-dulu, surau dan masjid tempat mendekatkan diri pada Allah, menenangkan jiwa, bukan tempat melaga-lagakan ummah, bukan tempat memburuk-burukkan orang lain, bukan dijadikan landasan politik kepartian dan juga bukan tempat agama ditunggang/diniagakan. 

Dulu-dulu golongan agamawan dan ulamak sangat berhati-hati dan mementingkan kebijaksanaan dan langkah berhemah. Sangat menjaga perasaan orang lain sama ada muslim atau bukan. Tidak seperti hari ini. Sangat cepat menghukum, melaga-lagakan ummah, mencemuh, berlaku kasar, melabel-label, sangat berbeza dengan golongan agamawan terdahulu. 

Dulu-dulu korupsi ada tetapi tidak sedahsyat hari ini. Sehingga menjangkiti golongan yang dianggap beragama juga. 

Dulu-dulu  kita saling bertoleransi. Orang Melayu bertoleransi dengan Orang Cina dan India, Orang Cina juga bertoleransi dengan orang Melayu dan India dan Orang India bertoleransi dengan Orang Melayu dan Cina.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.